• SKINCARE 101,  SKINCARE JARGON

    Skincare 101 : Istilah-istilah Skincare (Skincare Jargons)

    Berapa ramai dia antara anda yang bila pergi ke rak skincare di drugstore dan nampak produk-produk yang dilabel sebagai “hypoallergenic” atau “dermatologically tested” atau “clinically tested” tapi masih keliru dengan label-label tu semua? Terlalu banyak beauty jargon yang wujud pada produk-produk skincare tapi terlalu sikit antara kita yang betul-betul faham apa maksud sebenar perkataan fancy yang ada pada packaging produk tu. Tak dinafikan sebenarnya memang amat penting untuk anda check label pada packaging produk dulu sebelum anda beli supaya anda dapat beli produk yang sesuai dengan anda. Bukan saja label boleh beritahu anda apa produknya (pelembap, serum, krim mata) dan untuk siapa ia dirumuskan (anti-penuaan, kulit kering, acne-prone), label juga…

  • MOISTURIZER,  SKINCARE 101

    Skincare 101 : Pelembap (Moisturizer) part 2

    Ada banyak lagi yang dapat menghidratkan kulit anda selain menyapu krim selepas cleansing. Untuk manfaatkan sepenuhnya langkah penting dalam rutin anda, anda kena pastikan anda guna produk yang tepat untuk keperluan unik kulit anda. Post berkaitan : Skincare 101 : Pelembap (Moisturizer) part 1 Moisturizer bukan lah sejenis produk yang “free size” atau sesuai untuk semua jenis kulit. Moisturizer harian yang terbaik perlu diformulasi secara khusus untuk kulit berminyak, sensitif, kering, dan lain-lain masalah kulit. Untuk pilih pelembap terbaik untuk jenis kulit anda, anda kena tahu dengan jelas jenis kulit yang anda miliki. Tahukah anda kalau anda gunakan moisturizer yang salah untuk kulit anda akan menyebabkan kulit anda jadi lebih…

  • MOISTURIZER,  SKINCARE 101

    Skincare 101 : Pelembap (Moisturizer) part 1

    Memakai moisturizer adalah satu step di dalam rutin penjagaan kulit yang anda wajib lakukan setiap hari. Kesan hidrasi daripada moisturizer dapat membantu untuk mengekalkan keremajaan kulit, kelihatan menarik secara semula jadi dan kurang memerlukan makeup di wajah. Pakar dermatologi Dr.Sandra Johnson menyatakan bahawa moisturizer menambahkan lapisan perlindungan kepada kulit anda. Kalau anda kerap terlepas pakai moisturizer setiap hari, ia akan menyebabkan iritasi kulit, ruam dan jangkitan pada kulit anda. So macam mana nak tahu moisturizer apa yang terbaik untuk anda? Menurut seorang lagi pakar dermatologi Dr.Anjali Mahto, kunci utama untuk pilih moisturizer yang terbaik ialah dengan mengetahui jenis kulit yang anda miliki. Ini kerana satu moisturizer bukannya sesuai untuk semua…

  • SKINCARE 101,  TONER

    Skincare 101 : Toner

    Toner adalah salah satu step yang amat bagus dan patut ada dalam setiap skincare rutin kita untuk kekalkan kulit yang bersih dan sihat. Toner adalah salah satu cara yang mudah untuk pulihkan keseimbangan kulit wajah. Apakah fungsi Toner? Toner digunakan untuk sempurnakan cleansing process dengan membantu membuang lebihan yang tertinggal pada kulit wajah seperti makeup, lebihan minyak, sel kulit mati, atau lebihan cleanser yang tertinggal pada kulit wajah. Membersihkan wajah daripada kesemua penyumbat liang pori ni dapat membantu mengurangkan jerawat dan mengelakkan daripada breakout di kemudian hari. Manfaat toner termasuk : Kecilkan liang pori – Toner membantu untuk kecilkan dan bersihkan liang-liang pori anda, jadi kurang kuang untuk kotoran dan…

  • SKINCARE 101

    Skincare 101 : Panduan Asas Pengenalan Jenis-jenis Produk Skincare

    Kebanyakan dari kita tahu yang skincare bukan sekadar mencuci muka semata-mata tapi selalunya kita akan mula rasa lost bila kita tengok pelbagai jenis produk skincare di pasaran. Ada terlalu banyak produk-produk skincare di luar sana dan agak susah untuk kita bina satu rutin penjagaan muka yang betul kalau kita kurang faham fungsi produk-produk tu. So dalam entry kalini, sis nak kongsikan sikit mengenai jenis-jenis produk skincare yang ada di pasaran. Setiap satu produk ni sis akan terangkan dengan lebih detail dalam entry akan datang. Entry ni hanya untuk info pengenalan semata-mata supaya anda semua boleh dapat gambaran asas mengenai produk-produk skincare di pasaran. 1. Pencuci muka (Cleanser) Terdapat banyak jenis…

  • CLEANSER,  SKIN TYPE,  SKINCARE 101

    Skincare 101 : Cleanser & Double Cleansing Mengikut Jenis Kulit

    Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun untuk membersihkan muka anda dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth, dan kedua dengan water-based cleanser. Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja. Fungsi cleanser pertama akan membantu untuk mencairkan makeup, menghapuskan kotoran dan minyak yang berlebihan sepanjang hari, dan membersihkan kulit. Cleanser kedua pula akan membantu mengatasi masalah kulit (skin concerns) tertentu yang dihadapi dan perlu mempunyai bahan untuk hydrate, melicinkan atau exfoliating, dan merawat jerawat. Kenapa kena double cleansing mengikut…

  • CLEANSER,  SKINCARE 101

    Skincare 101 : Pencuci Muka (Cleanser)

    Kenapa perlu guna cleanser? Membersihkan muka adalah langkah yang paling penting dan wajib menjadi langkah pertama dalam rutin skincare harian kita jika kita nak dapatkan kulit yang sihat. Kulit akan jadi kotor dan berminyak terutama sekali pada waktu siang disebabkan oleh makeup dan persekitaran kita yang selalunya akan menyumbatkan liang pori. Wajah yang bersih adalah umpama kanvas untuk kita letakkan krim, serum, toner, lotion dan lain-lain skincare. Tak guna kalau kita beli skincare mahal-mahal tapi ia tak mampu berfungsi dan diserap dengan baik sebab wajah kita diliputi minyak dan kotoran yang kita tak bersihkan dengan betul! Cleanser juga membantu menghilangkan saki baki produk, sel kulit mati, SPF dari sunscreen, bakteria,…

  • SKIN BASIC 101,  SKIN CONCERNS

    SKIN 101 : Masalah Kulit (Skin Concerns)

    Jenis kulit dan masalah kulit adalah dua perkara yang berbeza. Seperti yang kita dah bincangkan dalam artikel sebelum ni, faktor utama yang menentukan jenis kulit seseorang individu adalah genetik individu tu sendiri. Post berkaitan : SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) part 2 Masalah kulit boleh berlaku kepada hampir semua jenis kulit dan boleh berubah mengikut masa. Antara masalah kulit yang paling kerap berlaku ialah dehydrated, hyperpigmentation, penuaan, dan jerawat. Pemilihan sesuatu produk skincare untuk kita guna setiap hari bukan hanya bergantung kepada jenis kulit tapi jugak masalah kulit yang kita hadapi. So, kali ni sis nak bantu explain dengan lebih detail mengenai 4 masalah kulit yang paling kerap…

  • SKIN BASIC 101,  SKIN TYPE

    SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) part 2

    Sebelum ni sis dah tulis sedikit intro mengenai jenis kulit dan step by step untuk kita tentukan jenis kulit kita. Post berkaitan : SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) & Bagaimana Nak Tentukan part 1 Penting sangat untuk kita buat test untuk tentukan jenis kulit kita yang sebenar supaya kita tak salah pilih produk untuk jenis kulit kita. Sebab kalau kita salah tentukan jenis kulit kita dan gunakan produk yang salah, ia boleh memburukkan kulit kita di kemudian hari. Bukan tu saja, malahan kita sebenarnya dah membazir duit pula sebab terbeli produk yang salah untuk kulit kita! Selain daripada test, boleh jugak perhatikan kulit kita selepas 1 jam wajah…

  • SKIN BASIC 101,  SKIN TYPE

    SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) & Bagaimana Nak Tentukan part 1

    Pernah tak try satu produk skincare yang viral, banyak testimonial bagus, rating gempak tapi bila try dekat muka kita sendiri, tengok macam takde apa-apa effect pon kat muka kita? Tak pon produk yang kita try tu menyebabkan muka kita jadi teruk? Kalau pernah alami dua-dua situasi macam ni, most probably produk yang kita pakai tu sebenarnya tak sesuai dengan kulit kita. Biasa kita dengar atau baca yang kita kena pilih produk skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Tapi sebelum nak pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kita, pernah tak buat test kat kulit kita paling kurang sekali dalam seumur hidup untuk tahu jenis kulit kita yang sebenar? Produk…