CLEANSER,  SKIN TYPE,  SKINCARE 101

CLEANSER 101 : Double Cleansing Mengikut Jenis Kulit

Image from JustAboutSkin.com

Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun untuk membersihkan muka anda dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth, dan kedua dengan water-based cleanser.

Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.

Fungsi cleanser pertama akan membantu untuk mencairkan makeup, menghapuskan kotoran dan minyak yang berlebihan sepanjang hari, dan membersihkan kulit. Cleanser kedua pula akan membantu mengatasi masalah kulit (skin concerns) tertentu yang dihadapi dan perlu mempunyai bahan untuk hydrate, melicinkan atau exfoliating, dan merawat jerawat.

.

Kenapa kena double cleansing mengikut jenis kulit?

Double cleansing adalah teknik dua langkah yang hanya akan menambahkan beberapa minit masa kepada skincare regimen kita. Tapi macam kebanyakan perkara dalam skincare, ianya bukan satu rutin yang sesuai untuk semua!

Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit kita.

Menggunakan produk double cleansing mengikut jenis kulit juga dapat mengelakkan daripada terlebih cuci (over-washing) dan terlebih keringkan (over-drying) kulit kita. Kalau kita buang terlalu banyak natural oil di muka kita, ia akan menyebabkan muka menghasilkan lebih banyak minyak yang seterusnya akan menyebabkan breakout dan iritasi.

Pakar dermatologi juga mencadangkan supaya double cleansing hanya dilakukan pada waktu malam iaitu waktu yang selalunya wujud kotoran dan makeup untuk dibersihkan selepas membuat pelbagai aktiviti di waktu siang. Ini untuk pastikan supaya kita tak mengubah keseimbangan semulajadi minyak dan mikrob pada kulit kita.

Dengan kewujudan pelbagai produk di kedai personal care, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau kita tak pasti bahan apa yang patut kita pilih untuk jenis kulit kita. So, jangan hanya grab sebarang cleanser dan cleansing oil yang ada di rak kedai. Baca dulu tips dan panduan dari pakar dermatologi dari New York Dr. Craig Austin di bawah untuk panduan anda!

.

Kulit berminyak (Oily skin)

Cleanser 1

Cleansing Oil &cleansing water for Oily skin

Menambahkan minyak pada kulit muka yang berminyak bunyi macam menambahkan masalah pada kulit, tapi sebenarnya oil-based cleansing boleh membantu bersihkan kulit anda daripada kotoran dan minyak. Oil-based cleanser akan menarik minyak di muka anda, jadi ini akan membantu untuk membersihkan makeup, peluh dan minyak-minyak lain yang berkumpul di muka anda.

Jika anda bukan peminat oil-based cleanser, anda juga boleh gunakan kapas yang diletakkan micellar water dan tekapkan dengan lembut pada bahagian mata dan seluruh wajah. Molekul kecil yang dipanggil sebagai micelles dalam micellar water boleh membersihkan kotoran yang tersumbat pada liang pori dan minyak yang berlebihan.

.

Cleanser 2

Cleansers for Oily skin

Gunakan pembersih muka gel atau clay, dengan bahan-bahan seperti aloe vera, rose, teh hijau, biji moringa dan glycolic acid. Ini dapat membantu mengimbangi kelembapan, mencegah inflammation dan mengawal pengeluaran minyak. Kuncinya adalah untuk mengeluarkan kotoran dan minyak serta membantu mengimbangi dan menghidrat kulit.

.

Kulit kering (Dry skin)

Cleanser 1

Cleansing Balm, Cleansing Oil & Cleansing Water for Dry Skin

Anda berisiko besar untuk terlebih cuci (over-washing) wajah anda jika anda mempunyai kulit kering, jadi double cleansing sometimes akan memberikan keburukan daripada kebaikan kepada anda kalau anda gunakan produk yang tak sesuai untuk kulit kering.

Untuk hasil yang terbaik, pakar kulit mencadangkan penggunaan cleansing balm dan bahan-bahan pelembap seperti shea butter, sunflower oil, coconut atau jojoba oil untuk menambah hydration dan memulihkan lipid barrier di kulit.

.

Cleanser 2

Cleansers for Dry skin

Kulit yang kering juga akan sebabkan anda mudah untuk dapat tanda-tanda awal penuaan, jadi pilih produk dengan bahan-bahan anti penuaan seperti vitamin C, green tea, hyaluronic acid, dan glycolic acid. Lepas bersihkan wajah, gunakan moisturizer atau face oil pada wajah untuk kuncikan kelembapan pada kulit.

.

Kulit normal (normal skin)

Cleanser 1

Cleansing Oil & Cleansing Water for Normal Skin

Ada banyak kelebihan untuk anda yang miliki kulit jenis ni termasuk lah anda boleh cuba hampir kesemua cleanser yang ada di pasaran! Pastikan pilihan cleanser anda tu dapat bersihkan segala kotoran yang boleh sumbatkan pori, sebabkan jerawat, dan cepatkan penuaan.

.

Cleanser 2

Cleansers for Normal skin

Jika anda bernasib baik memiliki kulit normal, perkara terakhir yang anda mahukan ialah kalau cleanser anda akan beri masalah pada kulit anda. Pilih gentle cleanser yang tak ada sebarang alkohol atau pewangi yang boleh mengeringkan kulit anda untuk bersihkan wajah. Anda juga boleh skip bersihkan wajah anda pada waktu pagi dan hanya bersihkan wajah anda pada waktu malam saja.

.

Kulit kombinasi (Combination skin)

Cleanser 1

Cleansing Oil & Cleansing Water for Combination Skin

Kulit kombinasi agak tricky sikit untuk diatasi sebab sebahagian wajah anda berminyak manakala sebahagian yang lain pula kering. So amat penting untuk anda cari produk yang dapat memulihkan keseimbangan kulit dan memperbaiki tekstur dan complexion kulit anda.

Cara yang terbaik menurut dermatologist ialah dengan menggunakan oil-based cleanser yang kaya dengan nutrien dan mengandungi ceramide sebab bahan-bahan ini mampu menganjalkan dan melembapkan kulit wajah.

.

Cleanser 2

Cleansers for Combination skin

Pilih gentle cleanser yang tak akan buatkan kulit kombinasi anda jadi lebih teruk. Gunakan gentle cleanser yang berasaskan foam, gel, atau clay yang tak akan terlalu keringkan lembapan semula jadi pada kulit anda .

.

Kulit sensitif (Sensitive or skin)

Cleanser 1

Cleansing Oil, Cleansing Balm & Cleansing Water for Sensitive Skin

Bila anda mempunyai kulit sensitif, anda tahu betapa pentingnya untuk anda mempunyai skincare regimen yang simple dan tak melecehkan. Sekali pandang, double cleansing mungkin nampak macam tak produktif dan akan menyebabkan iritasi.

Tapi seperti yang kita tahu cleansing adalah asas kulit yang sihat, so untuk kulit yang sensitif digalakkan untuk gunakan gentle cleansing oil untuk bersihkan makeup. Untuk elakkan kulit anda daripada breakout dan iritasi, cari cleanser yang gunakan bahan-bahan seperti Vitamin E, aloe vera, green tea, glycolic acid, dan tea tree oil.

.

Cleanser 2

Cleansers for Sensitive skin

Penggunaan gentle cleanser akan dapat mengurangkan kemerahan pada kulit sensitif. Pilih gentle cleanser yang bebas dari pewangi dan non-comedogenic dan diformulasikan secara khusus untuk kulit sensitif.

.

Ok, setakat ni saja info mengenai double cleanser yang sesuai untuk jenis kulit yang berbeza. FYI, semua info mengenai double cleansing di atas ni dirujuk daripada artikel oleh doktor-doktor pakar kulit a.k.a dermatologist.

So harap semua orang dah tahu mengenai double cleansing yang tak semestinya guna cleansing oil semata-mata. Ada macam-macam produk selain cleansing oil yang kita boleh gunakan juga untuk double cleansing.

Paling penting kena pastikan cleansing oil yang kita pilih tu sesuai dengan jenis kulit kita. Hopefully lepas ni semua dapat pilih double cleanser yang sesuai dengan kulit anda ya.

Till then, see you next time! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *