EXFOLIATOR,  SKINCARE 101

EXFOLIATOR 101 : Asas Pengelupasan (Exfoliation)

.

Kita semua teringin sangat nak ada kulit yang lembut dan halus macam baby. Tapi pernah tak anda terfikir kenapa kulit baby lembut sangat-sangat? Kulit baby secara semula jadi berganti dengan sel baru setiap beberapa hari.

Tapi, bila umur semakin semakin meningkat kadar penggantian sel ni menurun secara mendadak. Sel-sel kulit mati akan berada lebih lama pada permukaan kulit anda dan ini akan menyebabkan garis-garis halus yang akan menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

So, ada tak cara untuk atasi masalah ni? Mestilah ada dan exfoliation ialah jawapannya!

Exfoliation adalah proses membuang lapisan paling atas sel-sel kulit mati. Dengan membuang lapisan kulit mati ini, exfoliation membantu mencerahkan kulit anda dan membantu produk skincare anda menembusi ke dalam kulit anda dengan lebih dalam.

.

Faedah Exfoliation

  • Memudarkan bintik-bintik penuaan dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati yang mengandungi pigmen.
  • Membuka liang pori dan membantu pelepasan minyak kulit semulajadi.
  • Meminimumkan saiz liang dan parut yang nyata.
  • Menjadikan garis-garis halus dan kedutan kurang kelihatan kerana lapisan kulit yang baru mencerminkan cahaya yang lebih baik.
  • Membolehkan penyerapan moisturizer, antioksidan dan serum dengan lebih baik dengan membuang lapisan atas sel-sel mati dan yang rosak. Ini juga membantu merawat jerawat dan lain-lain jenis rawatan kulit yang mana penembusan ke dalam kulit adalah penting. Ini adalah satu lagi sebab mengapa exfoliation harus menjadi sebahagian daripada rejimen skincare.

.

Apakah Jenis Exfoliant Yang Harus Anda Gunakan?

Chemical exfoliation (Pengelupasan kimia)

Chemical exfoliators

Chemical exfoliators menggunakan kimia (selalunya asid) untuk mencairkan sel kulit mati di atas permukaan kulit. Bila chemical exfoliators telah dibuang, kulit anda akan jadi lebih cerah dan lebih lembut.

Antara chemical exfoliators yang biasa adalah Alpha-Hydroxy Acid (AHA), Beta Hydroxy Acid (BHA) dan yang terbaru ialah Polyhydroxy Acid (PHA).

.

1.Alpha-Hydroxy Acid (AHA)

AHA adalah antara chemical peels lembut yang paling biasa. Asid AHA berasal dari sumber semula jadi, seperti buah, susu atau gula. Antara yang paling banyak digunakan dalam produk skincare hari ini ialah glycolic acid (diperbuat daripada gula), lactic acid (dibuat daripada susu), dan malic acid (dibuat daripada buah terutama epal).

Ia berfungsi dengan memecahkan “gam” yang memegang sel-sel kulit antara satu sama lain. Glycolic acid juga mempunyai lebih manfaat dan jika digunakan berterusan akan membantu menghilangkan garis halus, kedutan, dan kulit berminyak. Pengelupasan wajah berasaskan AHA adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang memiliki kulit berminyak.

.

2. Beta Hydroxy Acid (BHA)

BHA adalah chemical exfoliators yang lebih efektif untuk kulit berminyak yang mudah terdedah kepada jerawat, blackhead, dan milia. Bukan saja ia membantu exfoliate lapisan kulit paling atas, tapi ia juga boleh menembusi pori yang tersumbat untuk sampai ke kelenjar minyak dan melarutkan campuran minyak dan sel kulit mati yang boleh menyebabkan bintik.

BHA juga membantu membuang sel kulit kusam tapi tak menanggalkan minayk semul jadi kulit. BHA yang paling popular digunakan dalam skincare ialah Salicylic acid dari willow bark.

Salicylic acid mempunyai fungsi anti keradangan dan anti bakteria jadi ia adalah pilihan yang bagus untuk kulit berminyak yang mudah terdedah kepada parut. Tapi ianya tak boleh digunakan oleh wanita mengandung dan mereka yang ada alahan kepada aspirin.

.

3. Polyhydroxy Acid (PHA)

PHA sangat serupa dengan AHA, sebab kedua-duanya berfungsi dengan memecahkan ‘gam’ yang memegang sel-sel kulit mati dan kusam pada permukaan kulit. Molekul yang membentuk PHA adalah lebih besar bermaksud ianya tak boleh menembusi kulit sedalam AHA dan PHA.

Sebaliknya, PHA berfungsi pada permukaan kulit tanpa mengganggu lapisan bawah yang lebih halus. Ini untuk pastikan bahawa kulit dapat diperbaharui dengan paling optimum tapi dengan iritasi yang minimum.

PHA amat bermanfaat untuk kulit yang tak sesuai dengan asid. Dalam kajian klinikal, ianya terbukti serasi dengan kulit yang kering dan gatal seperti ekzema dan atopic rosacea. Contoh PHA termasuk
galactose, lactobionic acid, dan gluconic acid (atau gluconolactone).

.

4. Enzyme

Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, anda disyorkan untuk cari exfoliants yang berasaskan enzyme. Enzyme berasal dari sumber semulajadi, seperti buah-buahan, dan berfungsi dengan cara yang sama seperti exfoliator berasaskan asid tapi lebih perlahan, jadi ia membolehkan proses exfoliation yang sangat selamat dan lembut.

.

Physical exfoliation (Pengelupasan fizikal)

Physical exfoliators

Kalau anda lebih suka melakukan exfoliation secara fizikal, produk terbaik untuk anda bergantung kepada ketebalan dan kepekaan kulit anda. Adalah penting untuk diingat bahawa semua jenis partikel boleh digunakan untuk exfoliation dan ada pelbagai pilihan produk di pasaran untuk anda pilih.

.

1.Butiran manik besar

Mereka yang memiliki kulit berminyak mempunyai kelenjar minyak yang lebih besar, dan menjadikan kulit mereka lebih tebal dan boleh menerima partikel yang lebih besar dan kasar seperti magnesium oxide crystals.

.

2. Butiran manik kecil

Mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif patut gunakan produk dengan butiran manik kecil seperti ruby crystals dan jojoba beads. Jojoba beads, diperolehi dari benih pokok jojoba adalah kecil dari segi saiz dan bentuknya jadi dapat mengurangkan iritasi, luka, atau mencederakan kulit anda.

.

3. Benih dan Kulit Kacang Hancur

Sesetengah bahan-bahan tertentu, walaupun semulajadi mungkin tak sesuai untuk jenis kulit anda. Sesetengah produk semulajadi, seperti kacang hijau, kerang, biji buah dan biji benih, mempunyai bentuk yang tak rata dan tak teratur yang boleh merosakkan kulit sensitif. Exfoliating scrub yang terbaik adalah yang berkesan menghilangkan lapisan kulit paling atas anda tapi pada masa yang sama lembut pada kulit anda.

.

Tak dapat dinafikan bahawa exfoliation adalah sangat penting untuk kekalkan kulit licin dan kurangkan kedutan dan perubahan warna kulit. Exfoliation adalah asas untuk semua kulit yang sihat.

Kedua-dua chemical dan physical exfoliation adalah efektif dan cara memilihnya bergantung pada tahap sensitiviti kulit anda terhadap produk itu bila digunakan. Jadi gunakan dengan berhati-hati dan lihat dulu macam mana kulit anda bertindak balas kepada exfoliators anda. Kalau serasi, baru boleh gunakan dengan kerap pada lebih banyak hari atau minggu.

See you next time & thanks for reading! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *