EXFOLIATOR,  SKINCARE 101

EXFOLIATOR 101 : Exfoliation Mengikut Jenis Kulit

.

Tak kira umur atau jenis kulit anda, amat penting untuk anda exfoliate kulit anda dengan kerap. Exfoliation bermaksud anda buang sel kulit mati di permukaan kulit anda. Jika anda tak rajin exfoliate, kulit anda akan kelihatan kusam dan boleh sebabkan liang pori tersumbat yang menjadi punca jerawat atau cyst.

Exfoliation mengatasi tekstur kulit tak rata, membuang serpihan dan kulit mati, dan menyediakan permukaan kulit yang lebih licin untuk penyerapan bahan-bahan aktif, penghidratan yang lebih efektif, dan pemakaian makeup yang lebih mudah.

Post berkaitan : EXFOLIATOR 101 : Asas Pengelupasan (Exfoliation)

Sepertimana produk-produk skincare yang lain, exfoliation juga perlu ikut jenis kulit yang anda miliki. Tak semua orang sesuai dengan satu jenis exfoliator sebab setiap orang ada jenis kulit yang berbeza.

So macam mana nak pilih exfoliator yang sesuai dengan kulit? Teruskan baca entry ni untuk tahu tips pilih exfoliator untuk kulit anda daripada dua orang dermatologist dari Amerika, Dr.Ava Shamban dan Dr.Melissa Levin.

Exfoliation Mengikut Jenis Kulit

Kulit kering (Dry skin)

Dry skin exfoliators

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, Dr. Ava mencadangkan untuk melakukan exfoliation satu hingga tiga kali seminggu. Lepas anda exfoliate, terus gunakan hydrating mask atau serum untuk membantu minimumkan kehilangan lembapan dari kulit anda.

Elakkan apa-apa jenis bahan yang boleh sebabkan kulit kering anda jadi lebih kering. Gunakan exfoliator yang lebih lembut seperti brown sugar paste atau mild glycolic acid atau lactic acid. Pastikan anda tak gunakan terlalu kerap atau bilas selepas menggunakannya jika anda sensitif kepadanya.

Dr. Ava juga mencadangkan untuk gunakan exfoliator yang dicipta dengan asas emollient seperti minyak. Ini kerana minyak kaya dengan asid-asid penting, yang melembapkan kulit dan membantu memperbaiki skin barrier.

Kulit Normal (Normal skin)

Normal skin exfoliators

Kulit normal mempunyai skin barrier yang kukuh dan tak terlalu kering atau terlalu berminyak. Jenis kulit ini boleh gunakan hampir semua jenis bahan exfoliator tetapi harus sesuaikannya untuk digabungkan dengan skincare regimen yang lain.

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang seimbang, exfoliation secara kerap dapat membantu mengekalkan kulit yang sekata. Dr. Melissa mencadangkan untuk gunakan produk dengan AHA dan exfoliate dua hingga tiga kali seminggu untuk membantu meneruskan penghasilan sel-sel kulit mati yang sihat.

Kulit berminyak (Oily skin)

Oily skin exfoliators

Kulit berminyak perlu elakkan daripada menggunakan exfoliator yang kasar dan bahan-bahan yang boleh timbulkan iritasi pada kulit. Bahan-bahan ni boleh menarik minak kulit semula jadi anda dan menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan, pori tersumbat dan lebih besar, dan tona kulit tak sekata.

Dr.Melissa mencadangkan untuk gunakan exfoliator secara sederhana dua hingga tiga kali seminggu dan gunakan acid dan bukannya skrub. Gunakan formulasi exfoliator yang mengandungi glycolic atau salicylic acid.

Salicylic acid adalah bahan larut minyak yang boleh memecahkan sel-sel kulit mati dan mudah sampai ke punca masalah pori tersumbat seperti makeup, kotoran, dan serpihan persekitaran. Ia berfungsi dengan melembutkan kulit dan dalam masa yang sama melarutkan kotoran di wajah.

Kulit kombinasi (Combination skin)

Combination skin exfoliators

Bagi mereka yang memiliki kulit kombinasi, Dr.Melissa mencadangkan untuk exfoliate sama kekerapan seperti kulit berminyak iaitu dua hingga tiga kali seminggu secara berselang hari.

Untuk galakkan penghasilan sel kulit baru dan gantikan sel kulit mati, Dr.Melissa mencadangkan untuk gunakan cleanser, serum, atau peel pad yang mengandungi bahan AHA (seperti glycolic, lactic, atau malic acid). 

Tapi jika anda mempunyai kulit kombinasi yang sensitif, anda dicadangkan untuk untuk gunakan gentle exfoliating cleanser yang diperbuat dari partikel mikro yang kecil seperti jojoba beads.

Kulit sensitif (Sensitive skin)

Sensitive skin exfoliators

Dr.Ava mencadangkan pemilik kulit jenis sensitif untuk exfoliate hanya sekali dalam seminggu dengan menggunakan produk yang betul. Matlamatnya hanya untuk menggalakkan penghasilan sel baru jadi gunakan exfoliator yang soothing, menenangkan kulit anda, dan tak menimbulkan iritasi .

Dr Ava mencadangkan penggunaan enzyme (seperti betik, nanas, atau bromeli) untuk membantu menghasilkan semula, membaiki, dan melindungi kulit dengan cara yang paling lembut. Enzyme betik dalam bentuk foam yang kaya dan berkrim boleh melembutkan, mengelupas, dan mengeluarkan serpihan dengan lembut untuk menghasilkan kulit yang sihat dan semula jadi.

Anda juga boleh cuba gunakan exfoliator yang mengandungi PHA yang lebih lembut pada kulit, menyebabkan kurang iritasi jika dibandingkan dengan AHA dan BHAs.

Apa pun jenis exfoliation yang anda gunakan, jangan sesekali terlebih exfoliate (over exfoliate) kulit anda sebab ia boleh merosakkan kulit anda. Tanda-tanda anda terlebih exfoliate ialah kulit anda jadi merah dan mula mengelupas atau merekah.

Kalau anda ada tanda-tanda ini, stop exfoliate! Gunakan moisturizer dan krim yang soothing pada kulit anda sampai kulit anda dah betul-betul pulih dari tanda-tanda over-exfoliation.

Satu lagi reminder ialah untuk anda gunakan SUNSCREEN kalau anda gunakan exfoliator yang ada bahan AHA (glycolic acid, lactic acid, dan malic acid) sebab AHA akan menyebabkan kulit anda lebih sensitif kepada matahari dan boleh menyebabkan sunburn dan pigmentasi (kulit lebih gelap) kalau anda tak pakai sunscreen.

Till then, see you in the next entry! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *