MOISTURIZER,  SKINCARE 101

MOISTURIZER 101 : Moisturizer Untuk Masalah-masalah Kulit (Skin Concerns / Skin Conditions)

.

Bagi sesetengah orang, star utama dalam skincare mereka adalah cleanser atau essence atau serum mereka. Tapi tahukah anda, pemilihan moisturizer yang baik juga adalah amat penting dan menjadi kunci utama untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Post berkaitan : Moisturizer 101 : Bahan-bahan Moisturizing & Jenis-jenis Moisturizer

Face moisturizer akan mengunci semua bahan-bahan baik dalam skincare yang anda dah letakkan pada wajah anda. Ia membantu melindungi kulit anda dari pencemaran alam sekitar, membantu membaikinya semalaman, dan memastikan tahap penghidratan kulit anda seimbang.

Tetapi jika anda gunakan moisturizer yang salah untuk jenis kulit anda, ia bukan saja boleh merosakkan kulit anda. Malah boleh sebabkan masalah kulit seperti pengeluaran minyak yang berlebihan, kulit yang kasar, kering, atau jerawat yang lebih teruk.

Post berkaitan : Moisturizer 101 : Moisturizer Untuk Jenis-jenis Kulit (Skin Type)

Berikut adalah sedikit panduan untuk anda pilih moisturizer yang terbaik untuk bantu anda atasi masalah kulit anda. Panduan ini adalah daripada dua dermatologist dari Amerika iaitu Dr.Joshua Zeichner dari New York dan juga Dr. Cheryl Burgess dari Washington. Teruskan membaca di bawah!

.

Moisturizer untuk Masalah Kulit

Jerawat (Acne Prone)

Moisturizer for Acne Prone

Rules untuk kulit yang berjerawat, whiteheads, dan liang pori tersumbat lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Kunci utamanya adalah anda tak terlepas pakai moisturizer sebab mengeringkan kulit anda boleh menyebabkan anda terdedah kepada lebih banyak jerawat.

Dermatologist Dr.Joshua mencadangkan supaya kulit berjerawat gunakan produk yang mempunyai salicylic acid atau lactic acid kerana dua-dua bahan ni boleh merawat jerawat tanpa menjadi terlalu kasar pada kulit. Juga dicadangkan untuk gunakan produk yang mengandungi ceramides untuk melindungi kulit, dan produk yang mengandungi bahan seperti dimethicone dan hyaluronic acid.

Ringan, oil-free, dan non-comedogenic adalah tips tambahan untuk pemilihan produk acne-prone. Dan elakkan produk yang mengandungi alkohol dan menambah wangian, yang mungkin menyebabkan iritasi.

.

Anti penuaan (Anti aging)

Moisturizer for Aging Concern

Kulit akan menjadi lebih kering apabila usia meningkat akibat penurunan pengeluaran minyak dan perubahan hormon. Moisturizer anti-penuaan berfungsi untuk menghidrat kulit dan memastikan kulit kelihatan muda. Moisturizer ni berfungsi untuk melawan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan garis halus dan kedutan.

Dr. Cheryl mencadangkan untuk gunakan krim atau minyak dengan occlusive untuk mereka yang mengalami masalah penuaan seperti garis halus atau perubahan warna kulit. Pilih moisturizer yang mengandungi bahan seperti peptides, retinol, dan antioxidants untuk membantu memperbaiki tanda-tanda penuaan di wajah anda. 

Untuk mereka yang mencari faedah anti-penuaan, pilih krim moisturizer yang berasaskan minyak sebagai krim malam anda sebab waktu penghasilan kulit baru yang terbaik ialah pada waktu malam.

.

Dehydrated

Moisturizer for Dehydrated Concern

Apabila merawat kulit dehydrated, matlamat utama adalah untuk mengekalkan kelembapan. Anda nak hydration sampai ke dalam kulit dan kunci ia dalam kulit anda.

Untuk kulit dehydrated, Dr.Joshua mencadangkan untuk gunakan moisturizer yang mengandungi kepekatan bahan pelembap seperti hyaluronic acid yang lebih tinggi untuk sampaikan hydration kepada lapisan kulit anda yang lebih dalam. Pilih moisturizer yang mengandungi bahan occlusives yang akan membantu menyediakan lapisan minyak pada permukaan kulit anda dan memperlahankan kehilangan air dari kulit.

Untuk kulit kering yang dehydrated gunakan bahan-bahan occlusive seperti petrolatum, mineral oil, sunflower oil, soybean oil, jojoba oil, evening primrose oil, dan olive oil. Manakala untuk kulit kombinasi atau kulit berminyak yang dehydrated, anda boleh pilih bahan silicone seperti dimethicone sebagai occlusive untuk moisturizer anda.

Anda juga digalakkan untuk gunakan moisturizer oil-free yang heavy dan non-comedogenic pada waktu malam untuk membantu merawat kulit yang dehydrated ketika anda sedang tidur. Tips pemakaian moisturizer untuk kulit dehydrated ialah untuk exfoliate dulu sebelum letakkan moisturizer di wajah anda.

.

Hyperpigmentasi

Moisturizer for Hyperpigmentation Concern

Dermatologist Dr.Cheryl mencadangkan untuk gunakan moisturizer yang mengandungi kojic acid. Ia dapat membantu kurangkan pigmen secara efektif dan kalau anda gunakan secara berterusan tak akan berikan risiko kesan sampingan pada kulit. Tak seperti hydroquinone yang mana pada kepekatan yang tinggi boleh jadi toksik pada kulit.

Anda juga digalakkan untuk gunakan moisturizer yang mempunyai vitamin C untuk merawat pigmentasi. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan hiperpigmentasi tanpa banyak iritasi.

Dr.Cheryl juga mengesyorkan untuk cari moisturizer dengan tahap vitamin C yang tinggi untuk rawatan pencerahan. Selain tu, cari moisturizer yang ada bahan-bahan seperti licorice root extract, alpha arbutin, niacinamide, soya, dan retinoid untuk melawan bintik-bintik gelap.

.

Tak kira apa pon moisturizer yang anda pilih, anda kena ingat dua perkara penting masa anda nak buat keputusan moisturizer apa yang anda perlukan.

  • Moisturizer waktu siang perlu mampu lindungi kulit anda daripada elemen-elemen yang boleh merosakkan kulit.
  • Manakala untuk waktu malam, anda digalakkan untuk pilih moisturizer yang mampu pulihkan kulit anda daripada dehydration dan kerosakan kulit yang dialami pada waktu siang.

Sebelum mengakhiri entry kali ni, ada satu quick reminder untuk anda semua. Moisturizer bukan last step dalam skincare regimen anda pada waktu pagi!

Jangan sesekali lupa pakai SUNSCREEN dengan SPF yang mencukupi setiap kali lepas pakai moisturizer untuk lindungi kulit anda daripada kerosakan akibat cahaya matahari. Kalau tak pakai sunscreen, buang masa & duit anda je pakai skincare mahal-mahal sebab anda takkan dapat achieve target kulit yang anda nak!

Next time kita akan bincang pasal sunscreen dan kepentingannya pula. Till then, see you! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *