SKIN BASIC 101,  SKIN TYPE

SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) & Bagaimana Nak Tentukan part 1

Pernah tak try satu produk skincare yang viral, banyak testimonial bagus, rating gempak tapi bila try dekat muka kita sendiri, tengok macam takde apa-apa effect pon kat muka kita? Tak pon produk yang kita try tu menyebabkan muka kita jadi teruk? Kalau pernah alami dua-dua situasi macam ni, most probably produk yang kita pakai tu sebenarnya tak sesuai dengan kulit kita.

Biasa kita dengar atau baca yang kita kena pilih produk skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Tapi sebelum nak pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kita, pernah tak buat test kat kulit kita paling kurang sekali dalam seumur hidup untuk tahu jenis kulit kita yang sebenar?

Produk skincare bukan magic potion yang sesuai untuk semua jenis kulit, jadi amat penting untuk kita tahu jenis kulit jenis apa yang kita miliki supaya kita boleh dapatkan yang terbaik daripada rutin skincare kita.

Kenapa kita kena tahu jenis kulit kita?

Untuk amalkan penjagaan kulit yang paling berkesan, sangat penting untuk kita tahu skin type yang kita miliki. Kalau zaman dulu, skincare yang ada untuk setiap jenis kulit amat terhad untuk pilihan wanita.

Tapi harini, ada terlalu banyak pilihan skincare dengan macam-macam formulasi untuk setiap skin type kita. Tapi skincare ni semua benar-benar berkesan & berfungsi dengan baik hanya kalau kita gunakan skincare yang memang dicipta untuk jenis kulit kita!

Kalau kita salah tentukan skin type kita dan gunakan produk yang salah, ia boleh memburukkan kulit dan menyebabkan iritasi, minyak berlebihan, jerawat atau mengeringkan kulit yang boleh membuatkan kedutan lebih jelas di muka kita. Oh no!

Apa yang menentukan skin type?

Ada 6 faktor yang selalunya menentukan skin type yang kita miliki :

  1. Genetik – Faktor utama dalam menentukan jenis skin type samada oily/dry/sensitive yang kita miliki adalah genetik kita. Kita jugak mungkin mewarisi jenis atau masalah skin kita dari ibu dan ayah yang tersayang.
  2. Cuaca – Berpindah ke persekitaran baru boleh mengubah jenis kulit kita, dan kadang-kadang ianya lebih baik!
  3. Hormon – Hormon kita berubah-ubah pada masa yang berlainan dalam hidup kita, termasuk kehamilan yang boleh menjejaskan kulit kita.
  4. Ubat – Ubat sebagai contoh ubat perancang kehamilan mungkin menyebabkan kulit anda menjadi kering atau lebih sensitif sebagai kesan sampingan.
  5. Diet/Alergi : Diet atau makanan harian boleh menjejaskan kulit kita dengan lebih baik atau lebih teruk. Berbincang dengan doktor jika anda fikir alergi makanan mungkin menjadi sumber masalah kulit anda.
  6. Skincare – Kesilapan memilih skincare boleh merosakkan skin balance kita. So be careful supaya kita tak salah pilih skincare yang mungkin boleh rosakkan skin kita!

Step by step untuk tentukan jenis kulit

Apa yang anda perlukan?

Step 1 : Bersihkan muka dengan cleanser.

Step 2 : Keringkan muka dengan face towel dan biarkan wajah tanpa letakkan sebarang skincare.

Step 3 : Tunggu selama 1 jam dan jangan sentuh wajah anda! Ehem2, jangan gatal tangan ok 😉

Step 4 : Lepas 1 jam menunggu, letakkan blotting paper di bahagian dahi, hidung, pipi, & dagu.

Step 5 : Analisis kulit anda seperti di bawah untuk menentukan jenis kulit.

Next entry nanti kita akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri skin type setiap orang dan apa yang boleh dielakkan untuk menjaga kulit di dengan betul.

So, anda dah tahu jenis kulit yang anda miliki? Kongsikan di bahagian komen jenis kulit anda ya! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *