SKIN BASIC 101,  SKIN TYPE

SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) part 2

Sebelum ni sis dah tulis sedikit intro mengenai jenis kulit dan step by step untuk kita tentukan jenis kulit kita.

Post berkaitan : SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) & Bagaimana Nak Tentukan part 1

Penting sangat untuk kita buat test untuk tentukan jenis kulit kita yang sebenar supaya kita tak salah pilih produk untuk jenis kulit kita. Sebab kalau kita salah tentukan jenis kulit kita dan gunakan produk yang salah, ia boleh memburukkan kulit kita di kemudian hari. Bukan tu saja, malahan kita sebenarnya dah membazir duit pula sebab terbeli produk yang salah untuk kulit kita!

Selain daripada test, boleh jugak perhatikan kulit kita selepas 1 jam wajah dibersihkan dengan cleanser (tanpa meletakkan apa-apa di kulit wajah selepas dibersihkan) seperti carta di bawah.

Info from SkincareByAlana.com

Sekarang kita dah tahu jenis kulit yang kita miliki, jom kita belajar sedikit mengenai ciri-ciri setiap jenis kulit dan apa yang boleh dielakkan untuk menjaga kulit dengan betul!

Kulit Normal (Normal Skin)

Normal skin
Image from Eucerin.com

Bagaimana nak kenal pasti : Kulit anda cantik dan sekata. T-zon (dahi, dagu dan hidung) mungkin sedikit berminyak, tetapi keseluruhan sebum dan kelembapan adalah seimbang dan kulit tak terlalu berminyak atau terlalu kering. Anda juga tak akan mengalami reaksi terhadap produk.

Punca : Genetik. (Bertuahnya!)

Apa yang perlu dielakkan : Walaupun kulit normal adalah salah satu jenis kulit yang paling mudah untuk dijaga, kulit normal jugak merupakan salah satu jenis kulit yang pertama menunjukkan tanda-tanda penuaan. Jangan lupa masukkan beberapa produk anti-penuaan dan hydrating products dalam rutin penjagaan kulit anda. Dan jangan tunggu! Mulakan seawal usia 20-an untuk pencegahan yang baik. Dan jugak pastikan dan elakkan daripada mana-mana produk yang menyebabkan perubahan kulit menjadi lebih berminyak atau kering.

Kulit Kering (Dry Skin)

Dry skin
Image from Eucerin.com

Bagaimana nak kenal pasti : Jika kulit anda rasa gatal atau gatal sentiasa, terutamanya selepas dibersihkan, atau anda rasa tak pernah dapatkan kelembapan yang cukup, tu tandanya anda mempunyai kulit kering. Kulit anda juga mungkin mengalami flakiness, rekahan atau mengelupas.

Ada beza di antara kulit kering dan kulit dehydrated. Kulit kering adalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan pengeluaran minyak dalam kulit. Kulit dehydrated pulak disebabkan oleh kekurangan air dan bersifat sementara disebabkan cuaca, faktor persekitaran atau tidak minum air yang mencukupi.

Punca : Kulit yang secara genetik menghasilkan kurang minyak (atau sebum), ketidakseimbangan hormon, cuaca kering, air-cond, pemanas semasa cuaca sejuk, mandi/rendaman air panas, ubat-ubatan, dan usia (perubahan metabolik boleh menyebabkan kulit kita menjadi lebih kering dan nipis ketika kita semakin tua ).

Apa yang perlu dielakkan : Produk berasaskan alkohol dan sulfat, yang boleh mengeluarkan minyak semula jadi kulit anda. Elakkan guna air panas yang maksimum masa mandi sebab ia mengeluarkan kelembapan dari kulit. Kalau anda gunakan pemanas atau tinggal di dalam cuaca yang kering, pertimbangkan untuk mendapatkan humidifier untuk rumah atau bilik tidur anda.

Difference between Oily skin vs Dry skin
Image from SkincareByAlana.com

Kulit Berminyak (Oily Skin)

Oily skin
Image from Eucerin.com

Bagaimana nak kenal pasti : Kulit anda berkilat, atau anda lihat banyak minyak berlebihan pada muka, leher, bahu dan belakang. Anda mungkin rasa seperti anda nak bersihkan muka anda pada tengah hari bila pengeluaran minyak berada di puncaknya. Pori-pori anda kelihatan lebih besar atau tersumbat dengan mudah, menyebabkan bintik hitam / putih, jerawat atau jerawat cyst. Berita baiknya adalah, kajian menunjukkan bahawa kelembapan dari kulit berminyak dapat membantu mencegah kedutan!

Punca : Kelenjar sebum pada kulit menghasilkan terlalu banyak minyak (sebum) disebabkan oleh genetik. Punca lain termasuk hormon, iklim lembap, atau anda terlebih keringkan kulit anda yang memaksa kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.

Apa yang perlu dielakkan : Elakkan bahan-bahan seperti mineral oil, petrolatum dan alkohol. Produk yang dilabel “non-comedogenic” sangat bagus untuk kulit berminyak sebab ia tak akan menyumbat liang-liang pori anda. Produk oil-free moisturizer (ya, anda masih perlu melembapkan kulit anda!), chemical exfoliator, dan clay mask adalah amat baik untuk kulit berminyak. Jangan basuh muka anda banyak kali dengan cleanser dalam sehari sebab ia boleh mengeringkan liang-liang pori dan boleh menyebabkan pori anda menghasilkan lebih banyak minyak di muka.

Kulit Kombinasi (Combination Skin)

Combination skin
Image from Eucerin.com

Bagaimana nak kenal pasti : Kulit kombinasi paling mudah dikenal pasti apabila kita dapat lihat di bahagian T-zone berminyak dan kulit kering atau normal pada bahagian muka yang lain. Kulit kombinasi boleh menjadi sukar untuk dirawat kerana anda perlu menangani dua isu yang berbeza. Matlamat anda: keseimbangan.

Punca : Genetik, atau lebihan pengeluaran minyak di T-zone. Produk yang anda guna mungkin juga menyebabkan ketidakseimbangan kulit. Kalau anda cuba rawat kawasan berminyak, anda boleh keringkan kawasan kering dan sebaliknya.

Apa yang perlu dielakkan : Produk berasaskan alkohol yang terlalu mengeringkan kulit. Anda juga perlu elakkan produk yang dirumuskan untuk oily skin (produk kawalan minyak) atau dry skin (Produk ultra hydration) untuk merawat seluruh muka anda. Sama ada menggunakan produk yang berasingan untuk menyasarkan T-zone berminyak dan kulit kering, atau cari sesuatu yang boleh memulihkan keseimbangan kulit.

Kulit Sensitif (Sensitive Skin)

Sensitive skin

Bagaimana nak kenal pasti : Kulit yang mudah merah, kerap alami ruam dan lebam, stinging & burning selepas menggunakan produk penjagaan kulit, mempunyai reaksi negatif terhadap wangian, patch kulit yang kering, flaky & irritated. Kulit anda jugak bertindak balas bila anda gunakan produk baru. Orang yang mempunyai kulit sensitif juga mudah sunburn atau mengalami keadaan seperti ekzema atau rosacea.

Punca : Ada beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada kulit sensitif, dan ia sukar untuk tentukan jika ia datang dari satu punca. Genetik, hormon, cuaca (panas dan sejuk), iklim kering dan air jugak boleh memberi kesan besar pada kulit. Produk yang anda gunakan (makeup, losyen, sabun, detergen pakaian, dll), boleh termasuk wangian atau bahan kimia yang keras yang boleh memburukkan sensitiviti kulit atau alergi.

Apa yang perlu dielakkan : Elakkan produk dengan wangian sintetik, pewarna, alkohol atau bahan kimia yang keras kerana anda lebih terdedah kepada iritasi, kemerahan, stinging, burning atau jerawat. Gunakan produk yang mempunyai kurang additives, dan cari produk yang mempunyai ciri-ciri calming, healing atau anti-inflammation.

So kita dah tahu 5 jenis kulit secara lebih detail, kita kena tahu pula apa masalah-masalah yang dialami oleh kulit kita. Amat penting juga untuk tahu masalah yang kulit kita hadapi untuk pilih produk yang bersesuaian untuk merawat masalah kulit kita. InsyaAllah next entry sis akan ceritakan pulak mengenai masalah-masalah kulit (skin concerns) ok. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *