SKIN BASIC 101,  SKIN CONCERNS

SKIN 101 : Masalah Kulit (Skin Concerns)

Jenis kulit dan masalah kulit adalah dua perkara yang berbeza. Seperti yang kita dah bincangkan dalam artikel sebelum ni, faktor utama yang menentukan jenis kulit seseorang individu adalah genetik individu tu sendiri.

Post berkaitan : SKIN 101 : Jenis Kulit (Skin Type) part 2

Masalah kulit boleh berlaku kepada hampir semua jenis kulit dan boleh berubah mengikut masa. Antara masalah kulit yang paling kerap berlaku ialah dehydrated, hyperpigmentation, penuaan, dan jerawat.

Pemilihan sesuatu produk skincare untuk kita guna setiap hari bukan hanya bergantung kepada jenis kulit tapi jugak masalah kulit yang kita hadapi. So, kali ni sis nak bantu explain dengan lebih detail mengenai 4 masalah kulit yang paling kerap berlaku di kalangan kita dan cara untuk mengatasinya jika kita mengalami masalah ni.

Kulit Dehidrasi (Dehydrated Skin)

Dehydrated skin
Image from TheTalko.com

Mengapa ia berlaku : Kulit dehydrated berlaku disebabkan kekurangan kandungan air di dalam kulit. Keadaan ni berlaku disebabkan skin barrier yang lemah dan menyebabkan kulit tak mampu untuk mengekalkan kelembapan dan tahap air yang sepatutnya di dalam kulit.

Tanda / Ciri-ciri : Kulit terasa gatal, kulit menjadi lebih sensitif, kulit kusam dan tak bermaya, garis-garis halus dan kedutan di wajah.

Punca : Faktor luaran (cuaca dan perubahan musim), pemakanan tidak sihat (kurang makanan segar), kurang minum air, dan pilihan gaya hidup (alkohol atau penggunaan kafein), kesilapan penggunaan produk, makeup.

Cara atasi : Gunakan gentle exfoliator untuk membersihkan kulit mati dan memudahkan penyerapan bahan rawatan di dalam produk skincare dengan lebih efektif. Disarankan juga untuk menggunakan hydration boosting products dan bahan-bahan seperti Hyaluronic acid, Vitamin E, Peptides dan lain-lain.

Hyperpigmentasi

Hyperpigmentation
Image from TheBeautyMind.com

Mengapa ia berlaku : Hyperpigmentasi berlaku apabila melanin lebih banyak dihasilkan di tempat tertentu pada kulit.

Tanda / Ciri-ciri : Hyperpigmentasi menghasilkan tompok-tompok yang rata, gelap berwarna coklat terang hingga berwarna hitam pada kulit. Contoh hyperpigmentation termasuk jeragat (freckles), tompok hitam (dark spots), melasma, parut, tona kulit tidak sekata (uneven skin tones).

Punca : Pendedahan cahaya matahari, faktor genetik, usia, pengaruh hormon, dan kecederaan kulit atau keradangan.

Cara atasi : Pakai pelindung matahari yang dirumuskan dengan baik untuk merawat kulit akibat sun damage dan hyperpigmentation secara konsisten. Gunakan chemical peels untuk pengelupasan kulit & penghasilan kulit baru. Disarankan juga menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan seperti Arbutin, Kojic Acid, Vitamin C, Activated Charcoal untuk membantu mengeluarkan bahan pencemar, Oligopeptides, Niacinamide dan Zinc Glycinate untuk mengawal penghasilan melanin, dan Retinol untuk memulihkan kulit.

Penuaan (Aging)

Aging
Image from MedicalNewsToday.com

Mengapa ia berlaku : Penuaan berlaku apabila proses di dalam kulit semakin lambat dan strukturnya lemah. Bahan-bahan yang membuatkan kulit tegang dan licin iaitu kolagen, elastin & Hyaluronic acid mula berkurangan. Ini disebabkan oleh gabungan kesan proses penuaan dalaman badan dengan faktor luaran.

Tanda / Ciri-ciri : Kedutan dan garis halus yang jelas kelihatan di bahagian dahi, tepi bahagian mata, di tepi hidung, atau di seluruh bahagian muka.

Punca : Pendedahan kepada cahaya matahari, faktor usia, kekeringan kulit akibat penuaan.

Cara atasi : Pakai pelindung matahari yang dirumuskan dengan baik secara konsisten. Gunakan chemical peels dari kombinasi Lactic Acid dan Glycolic Acid atau Alpha-Hydroxy Acid (AHA) untuk pengelupasan kulit & penghasilan kulit baru. Disarankan juga menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh memperbaiki struktur kulit seperti Peptides, Retinol, Vitamin C, Hyaluronic Acid, Coenzyme Q10, Glycolic dan Lactic Acid, Saponin.

Jerawat (Acne)

Acne
Image from Nrollmed.com

Mengapa ia berlaku : Jerawat berlaku apabila liang pori di kulit menjadi tersumbat, paling sering berlaku di bahagian wajah, leher, belakang dan dada. Apabila liang pori tersumbat, ia menyebabkan minyak kulit terperangkap di dalamnya. Bakteria tumbuh dalam minyak ini dan menyebabkan tindak balas keradangan di dalam kulit.

Tanda / Ciri-ciri : Jerawat boleh jadi kecil atau tidak ketara, dan muncul sebagai whitehead atau blackhead, atau muncul sebagai tanda merah yang mempunyai titik berwarna putih/kuning. Kadang-kadang pori yang tersumbat juga boleh menjadi terlalu inflamed yang boleh menyebabkan tanda yang lebih besar dan lebih sakit dipanggil sebagai nodules atau cysts. 

Punca : Hormon, bakteria, genetik, ubat-ubatan, faktor pemakanan, makeup, produk yang boleh menyumbatkan pori.

Cara atasi : Gunakan bahan daripada Salicylic Acid untuk membersihkan pori daripada minyak, kotoran, dan bakteria. Gunakan bahan skincare atau makeup yang bersifat lightweight dan non-comedogenic. Bahan-bahan seperti Salicylic Acid, Benzoyl Peroxide, Retinol dan Sulfur berfungsi dengan baik untuk menghilangkan kesan jerawat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Sekarang bila kita dah faham mengenai jenis kulit & masalah kulit, kita dah boleh decide untuk pilih skincare yang bersesuaian dengan kita. Ada terlalu banyak produk di luar sana tetapi yang amat disarankan adalah produk yang dijual di farmasi atau kedai personal care seperti Watsons, Guardian atau yang seumpama dengannya.

Paling penting pastikan produk yang kita beli tu selamat dan ada sijil perakuan keselamatan atau sijil daripada hasil ujian makmal. Selalunya produk-produk yang ada di kedai personal care dah ada semua ni so tak perlu risau lagi kalau nak beli di situ.

Dalam entry yang seterusnya sis akan move further dengan topik berkaitan dengan skincare pulak since kita semua dah tahu basic knowledge about skin. Thank you for reading & see you next time! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *