SKINCARE 101,  SKINCARE JARGON

SKINCARE 101 : Istilah-istilah Skincare (Skincare Jargons)

.

Berapa ramai dia antara anda yang bila pergi ke rak skincare di drugstore dan nampak produk-produk yang dilabel sebagai “hypoallergenic” atau “dermatologically tested” atau “clinically tested” tapi masih keliru dengan label-label tu semua?

Terlalu banyak beauty jargon yang wujud pada produk-produk skincare tapi terlalu sikit antara kita yang betul-betul faham apa maksud sebenar perkataan fancy yang ada pada packaging produk tu. Tak dinafikan sebenarnya memang amat penting untuk anda check label pada packaging produk dulu sebelum anda beli supaya anda dapat beli produk yang sesuai dengan anda.

Bukan saja label boleh beritahu anda apa produknya (pelembap, serum, krim mata) dan untuk siapa ia dirumuskan (anti-penuaan, kulit kering, acne-prone), label juga boleh berikan anda lebih banyak gambaran mengenai bagaimana formula itu dihasilkan dan jika ia adalah mesra alam, organik, cruelty-free atau vegan.

So anda masih tak pasti apa maksud istilah-istilah yang ada di produk skincare anda? Teruskan membaca entry ini mengenai skincare jargon dan maksudnya dari pandangan pakar dermatologi terkemuka di UK iaitu Dr.Anjali Mahto.

.

Hypoallergenic

Hypoallergenic adalah jaminan dari pengeluar bahawa sesuatu produk akan kurang berkemungkinan untuk sebabkan alergi pada penggunanya. Tapi ia bukan lah satu terma yang sah sebab tak ada satu pun standard minimum industri untuk buktikan bahawa satu-satu produk akan kurang menyebabkan tindak balas alergi.

Terma hypoallergenic ni secara ringkasnya untuk memberi maksud bahawa satu-satu produk tu tak akan menyebabkan iritasi pada pengguna. Label ni khususnya adalah untuk maklumat pemilik kulit sensitif yang selalunya mudah ada tindak balas pada produk skincare. So kalau anda lihat label ni pada produk, jadikan ia sebagai panduan bukan sebagai jaminan.

Tak ada jaminan untuk produk-produk yang gunakan terma ni dan kadang-kadang terma ni juga tak boleh diguna pakai. Produk-produk Hypoallergenic sesetengahnya masih ada pewangi atau fragrances iaitu punca utama alergi dan iritasi. Jika anda ada sebarang alergi kepada produk yang anda gunakan, anda dinasihatkan jumpa dermatologist untuk buat ujian rasmi alergi.

.

Non-comedogenic (Tak menyumbat pori)

Anda mungkin biasa tengok istilah ni pada produk yang dikhaskan untuk parut, jerawat, dan kulit berminyak. Produk-produk non-comedogenic wujud dalam pelbagai formulasi termasuk facial oil dan sunscreen.

Terma ni secara ringkasnya bermaksud produk tu tak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Produk yang mengandungi bahan comedogenic akan menyebabkan pori tersumbat dan blackhead timbul pada kulit wajah.

Sama seperti terma hypoallergenic, terma non-comedogenic juga tak ada satu standard industri atau peraturan. Secara umumnya, produk non-comedogenic yang bertekstur ringan adalah lebih baik untuk mereka yang mudah breakout tapi berhati-hati kerana ia masih boleh sebabkan liang pori tersumbat.

.

Clinically proven (Terbukti secara klinikal )

Terbukti secara klinikal atau clinically proven merujuk kepada produk atau ramuan yang telah diuji dalam percubaan klinikal untuk keselamatan dan keberkesanannya. Kajian-kajian ni dilakukan dalam keadaan klinikal dan biasanya diuji di bawah piawaian yang ketat untuk membuktikan jaminan seperti “mengurangkan penampilan garis-garis halus”.

Tetapi sebenarnya agak susah untuk anda tahu mengenai keadaan ujian. Adakah ia hanya diuji pada segelintir orang, katakan hanya 10 orang? Juga, tak semua keputusan akan sama untuk setiap orang. Dan percubaan / ujian klinikal boleh dilakukan pada satu bahan tetapi bukan keseluruhan formulasi.

.

Dermatologically tested (Diuji secara dermatologi)

Terma ni biasanya bermaksud bahawa Pakar Dermatologi dah menguji dan meluluskan penggunaan produk itu. Bukankah pakar dermatologi patut dipercayai? Sebab mereka kan berurusan dengan kulit sepanjang hari.

Sebenarnya tak ada standard ujian untuk keselamatan dan keberkesanan produk-produk kosmetik. Ujiannya mungkin semudah memberikan produk kepada dermatologist untuk diberikan kepada pelanggan mereka dan melaporkan semula keputusannya.

Oleh itu, jika tak ada pelanggan yang mempunyai tindak balas negatif, dermatologist boleh katakan bahawa mereka menyokong produk tersebut. Ini hanyalah satu istilah pemasaran yang tak mempunyai bukti yang kukuh.

.

Natural (Semula jadi)

Menggunakan produk yang semula jadi bukan saja dah jadi trend kecantikan tapi semakin menjadi pilihan pengguna. Produk natural bermaksud bahawa produk tu mengandungi bahan yang datang dari alam semula jadi termasuk ekstrak tumbuhan, essential oils, dan banyak lagi.

Masalah dengan syarikat yang gunakan terma natural ni ialah tak ada pihak yang kawal jaminan mereka dan tak ada standard minimum untuk kelayakan produk-produk ni. Malah di US, produk hanya perlu ada 5% bahan natural untuk ianya layak dipanggil natural. Ada beberapa badan pensijilan yang wujud seperti ECOCERT, NATRUE, The Soil Association, dan yang terbaru ialah COSMOS.

Masalah yang lebih besar ialah pemahaman setiap orang untuk terma natural ni berbeza. Ada yang anggap natural tu datang dari tumbuhan, ada yang anggap tak ada bahan sintetik, ada juga anggap natural tu bebas pengawet.

Lebih merumitkan lagi keadaan ialah bahan asal produk tu mungkin natural (contohnya bunga atau buah-buahan) tapi proses kimia dah mengubahnya dari bentuk yang asal kepada sesuatu yang berbeza. Jadi adakah ia masih boleh dipanggil natural?

Satu lagi salah anggap yang berlaku ialah bila ramai orang anggap natural skincare lebih selamat dari produk bukan natural. Produk botani, herba, dan essential oils masih boleh sebabkan iritasi dan alergi dan perkara ni biasa direkodkan dalam jurnal-jurnal saintifik.

.

Organic

Organik bemaksud produk tersebut mengandungi bahan yang tumbuh tanpa menggunakan baja kimia atau racun perosak. Ia juga boleh bermakna bahawa tiada bahan kimia dalam produk tersebut.

Walaupun ada badan pemerintah dan piawaian pemerintah yang membantu untuk tentukan apa yang organic, mereka sering tak bersetuju dan mempunyai standard yang berbeza. Sebagai contoh, satu pensijilan menyatakan bahawa hanya 70% bahan produk mesti organik, manakala satu pensijilan lain pula mensyaratkan 95% bahan produk mesti organik.

Cara untuk memilih produk organic adalah dengan melihat pada label dan ingredients. Selalunya ia disenaraikan mengikut turutan jumlah peratusan bahan dalam produk tu. Kalau 3 atau 5 bahan pertama yang disenaraikan di bahagian ingredients adalah sintetik, ia mungkin bukan pilihan organic yang terbaik kalau anda betul-betul nak gunakan produk organic.

Ada juga andaian bahawa produk natural dan organic adalah lebih baik dan lebih selamat untuk kulit anda. Ini sama sekali tak betul dan hanyalah taktik pemasaran dan penipuan. Hanya kerana sesuatu produk itu berasal dari tumbuhan tak bermakna ianya selamat kerana banyak juga tumbuhan yang dikategorikan sebagai tinggi tahap toksiknya.

.

Fragrance free (Bebas pewangi)

Bebas pewangi patut bermaksud bahawa ia benar-benar bebas daripada pewangi. Tapi ni tak selalunya betul. Pewangi boleh sebabkan alergi pada sesetengah orang dan iritasi kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Satu-satunya cara untuk tahu produk tu benar-benar bebas pewangi ialah dengan anda lihat pada senarai ingredients. Selalunya ia ditulis sebagai ‘parfum’ atau ‘fragrance’ dan selalunya dicampur dengan banyak bahan lain.

Walau bagaimanapun, mereka boleh menggunakan apa yang dikenali sebagai “masking fragrances” untuk sembunyikan bau yang tak menyenangkan dari bahan lain. Pastikan anda baca label dan lihat jika “parfum” atau “fragrance” disenaraikan dan dalam senarai keberapa bahan itu.

.

Cosmeceutical

Cosmeceutical menggabungkan perkataan “cosmetic” dan “pharmaceutical” untuk terangkan produk yang mengandungi bahan biologi yang mungkin ada kesan farmaseutikal pada kulit. Selalunya produk ni mempunyai bahan berasaskan semulajadi yang mempunyai sifat anti-radang atau antibakteria.

Walau bagaimanapun, masih tak terdapat peraturan untuk produk kategori Cosmeceuticals. Ini semata-mata adalah terma marketing untuk mendapatkan kepercayaan anda terhadap jenama dan membuat anda fikir bahawa produk mereka lebih selamat dan berkesan.

.

Free from chemical (Bebas bahan kimia)

Secara teknikalnya, adalah mustahil untuk sesuatu produk menjadi 100 peratus bebas dari bahan kimia. Semuanya terdiri daripada bahan kimia sama ada secara semula jadi atau sintetik. Apa yang lebih penting ialah samada sesuatu produk dan bahan-bahannya adalah selamat untuk digunakan.

Sesuatu bahan natural tak semestinya lebih selamat dari bahan sintetik hanya kerana ia natural. Kuncinya ialah jumlah, dos, dan tahap konsentrasi bahan yang digunakan dalam skincare tu.

.

Essential oils

Sepertimana produk natural, essential oils juga semakin popular di kalangan pengguna skincare. Semakin banyak company skincare yang menghasilkan produk natural menggunakan essential oils dalam produk mereka. Tujuannya adalah untuk faedah penyembuhan tertentu atau hanya sebagai pewangi.

Masalah dengan essential oils ialah ia masih boleh sebabkan beberapa tindak balas yang agak teruk pada sesetengah orang. Tak semua essential oil adalah baik untuk kulit terutama sekali kulit sensitif.

Adalah lebih baik untuk gunakan essential oil bersama dengan carrier oil (carrier oil adalah minyak sayuran yang berasal dari bahagian lemak tumbuhan, biasanya dari biji, kernel atau kacang-kacangan) dan test dulu pada diri anda sebelum gunakan sebarang produk yang mengandungi essential oil.

.

Vegetarian/Vegan

Skincare yang vegan bermaksud ia tak menggunakan bahan yang datangnya dari sumber haiwan dan skincare tu tak diuji pada haiwan. Vegan skincare juga dibuat daripada tumbuhan, mineral dan juga dari bahan sintetik yang selamat.

Hanya kerana sesuatu produk mempunyai logo cruelty-free yang diperakui pada labelnya, ia tak bermakna produk tu vegan. Untuk vegan skincare atau produk kecantikan yang boleh dipercayai, cari produk yang mempunyai logo “Vegan Action” atau “Vegan Awareness Foundation”. Kedua-dua logo ini mengesahkan bahawa produk tu diformulasi dengan bahan-bahan vegan.

.

Paraben Free (Bebas paraben)

Paraben adalah sejenis pengawet yang telah digunakan selama bertahun-tahun dalam produk kosmetik. Parabens menjadi headlines dalam berita beberapa tahun lalu kerana dikatakan mempunyai kesan lemah yang sama dengan hormon estrogen.

Kebimbangan yang ditimbulkan ialah bahawa paraben pada deodorant mungkin menyumbang kepada kanser payudara berdasarkan jumlahnya yang dijumpai pada tisu kanser payudara. Namun kajian saintifik tu kemudiannya telah dipertikaikan dan tiada bukti baru yang menunjukkan kewujudan parabens dalam deodorants berkaitan dengan kanser payudara.

Kini dah ada garis panduan yang ketat yang kawal selia jenis paraben yang digunakan, dos dan kepekatan yang digunakan dalam skincare untuk pastikan standard keselamatan minimum dipenuhi dan bukti telah menunjukkan bahawa ia selamat digunakan.

.

Active Ingredients (Bahan aktif)

Jika sesuatu produk mengandungi bahan aktif, ia aktif secara biologi dan mampu secara biologi menjejaskan kulit. Biasanya bahan aktif akan disenaraikan dengan peratusan.

Jangan tertipu dengan memikirkan bahawa semakin tinggi peratusan semakin kuat sesuatu produk kerana ia bergantung pada paras pH dalam asid. Semakin rendah pH, ​​semakin aktif produk itu walaupun ini mungkin menyebabkan iritasi. Contoh bahan aktif termasuk glycolic acid, retinol dan vitamin C.

.

Habit yang terbaik yang patut ada setiap kali anda nak beli produk skincare ialah dengan jadikan diri anda biasa dengan bahan-bahan di dalamnya dan fungsinya. Ini lebih penting daripada label yang diletakkan untuk anda oleh team branding dan marketing produk itu.

Diharapkan entry ni dapat jadi satu titik permulaan untuk anda jadi lebih sedar dan faham tentang printing kecil yang ada pada label produk skincare di pasaran. Dan dapat bantu anda sikit sebanyak tambah ilmu anda tentang skincare.

Thank you for reading and see you in the next entry! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *