SKINCARE 101

SKINCARE 101 : Panduan Asas Pengenalan Jenis-jenis Produk Skincare

Kebanyakan dari kita tahu yang skincare bukan sekadar mencuci muka semata-mata tapi selalunya kita akan mula rasa lost bila kita tengok pelbagai jenis produk skincare di pasaran. Ada terlalu banyak produk-produk skincare di luar sana dan agak susah untuk kita bina satu rutin penjagaan muka yang betul kalau kita kurang faham fungsi produk-produk tu.

So dalam entry kalini, sis nak kongsikan sikit mengenai jenis-jenis produk skincare yang ada di pasaran. Setiap satu produk ni sis akan terangkan dengan lebih detail dalam entry akan datang. Entry ni hanya untuk info pengenalan semata-mata supaya anda semua boleh dapat gambaran asas mengenai produk-produk skincare di pasaran.

1. Pencuci muka (Cleanser)

Cleansers

Terdapat banyak jenis cleanser di pasaran yang dikategorikan mengikut jenis kulit dan masalah kulit. Kebanyakan dermatologist mengatakan bahawa amat penting untuk mencuci wajah dua kali sehari untuk membersihkan wajah dari bakteria, kotoran, dan bahan pencemar yang melekat pada kulit wajah.

Post berkaitan : Skincare 101 : Pencuci Muka (Cleanser)

Menurut pandangan dermatologist, kesilapan yang paling selalu dilakukan oleh kebanyakan individu adalah menggunakan produk yang sama pada waktu siang dan malam serta tak gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit.

Sebagai contoh seorang yang mudah terdedah kepada breakout menggunakan cleanser dengan bahan salicylic acid dan mendapati ia mempunyai kesan yang sebaliknya kepada mukanya. Bila kulit wajah jadi kering, ia meningkatkan pengeluaran minyak yang hanya membuatkan breakout lebih teruk.

Post berkaitan : Skincare 101 : Cleanser & Double Cleansing Mengikut Jenis Kulit

Jika anda tak pasti cleanser apa yang sesuai untuk anda terutama sekali jika anda ada masalah kulit wajah yang kronik seperti jerawat atau breakout, cara yang terbaik ialah berjumpa dengan dermatologist untuk buat skin assessment dan cadangan produk yang sesuai dengan kulit anda.

2. Pengelupas (Exfoliator)

Exfoliators

Pengelupasan atau exfoliating adalah penting sebab ia membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit dan memberikan glow pada kulit anda. Juga dikenali sebagai physical exfoliator, ia perlu dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu.

Kebanyakan exfoliants mempunyai bahan-bahan seperti rice enzymes, sugar granules, dan walnut shells, yang mampu memulihkan kulit kusam. Kalau anda risau dengan kulit berminyak dan masalah breakout, boleh cuba gunakan produk exfoliator yang mengandungi charcoal. Jika kulit anda sensitif, pilih produk exfoliating mask sebagai exfoliator untuk kulit wajah anda.

3. Serum

Serums

Serum selalunya mengandungi antioxidants yang membantu melawan kerosakan radikal bebas pada kulit. Serum juga mengandungi bahan anti penuaan seperti retinol dan peptide yang membantu merangsang pengeluaran kolagen.

Memandangkan ia mampu menembusi jauh ke dalam kulit, serum adalah amat bagus untuk menghidratkan kulit kering. Gunakan selepas penggunaan cleanser dan toner, dan sebelum penggunaan moisturizer pada waktu malam untuk membantu merawat kulit ketika tidur.

4. Face Oil

Face Oil

Face oil yang dipenuhi nutrien dapat membantu membina lapisan yang kukuh untuk kulit anda tak kira jenis apa pun kulit yang anda miliki. Ianya boleh jadi sangat hydrating, dan amat baik untuk anda yang memiliki kulit kering.

Argan oil dan Vitamin E adalah amat baik untuk hampir kesemua jenis kulit dan masalah. Cara paling ideal adalah dengan menambahkan 2-3 titik face oil kepada moisturizer atau serum. Untuk kulit yang mudah berjerawat (acne-prone), Tea-tree oil boleh membantu mengatasi masalah ini manakala Vitamin C akan membantu menghilangkan parut jerawat.

5. Sunscreen

Sunscreens

Pelindung matahari atau sunscreen adalah amat penting untuk melindungi kulit dari kerosakan UV, tak kira pada apa jua musim. Untungnya sekarang ada banyak cara untuk gunakan sunscreen selain dari sapuan sunscreen lotion yang biasa seperti sunscreen mist, sunscreen stick, etc.

Sunscreen dan sun protection adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk melindungi kulit daripada masalah penuaan, age spots, brown spots, dan kanser kulit yang boleh menyebabkan kematian iaitu melanoma.

Amat penting untuk melindungi wajah daripada sinaran UV matahari terutama kalau berada di luar atau di kawasan yang panas macam di pantai dan sebagainya. Pilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda sebab sesetengah sunscreen yang berminyak boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat.

6. Pelembap (Moisturizer)

Moisturizers

Pelembap atau moisturizer adalah amat penting pada kulit untuk membantu menghidratkan kulit. Ianya membantu meningkatkan kandungan air pada kulit dan melicinkan kulit wajah. Moisturizer juga dapat membentuk halangan pada kulit untuk mengelakkan kulit daripada kehilangan air.

Post berkaitan : Skincare 101 : Pelembap (Moisturizer) part 1

Kalau anda mempunyai kulit kering, moisturizer akan membantu untuk mencegah daripada garis halus dan memperbaiki keadaan kulit anda dari masa ke masa. Pemilihan moisturizer juga perlu mengikut jenis kulit anda contohnya seperti gel moisturizer untuk kulit berminyak, lotion atau light cream untuk kulit kering, dan heavy cream untuk kulit yang amat kering.

Post berkaitan : Skincare 101 : Pelembap (Moisturizer) part 2

7. Pengelupas Kimia (Chemical Peel)

Chemical Peels

Chemical peels membuang lapisan luar pada kulit dan selalunya menembusi lebih dalam kulit untuk membuang lebihan sel-sel kulit mati berbanding dengan exfoliator. Chemical peel selalunya mengandungi glycolic, salicylic, atau lactic acid.

Dermatologist mencadangkan penggunaan chemical peels sebanyak sekali setiap dua minggu, tetapi ianya perlu dielakkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti rosacea atau eczema.

Chemical peels juga selalunya lebih ekstrem dan selalunya dilakukan oleh professional, namun ada juga DIY peels yang anda boleh lakukan di rumah untuk mengatasi masalah seperti parut jerawat, kedutan, kerosakan matahari dan hyperpigmentasi.

8. Toner / Lotion

Toners

Toner/lotion boleh digunakan selepas penggunaan cleanser 2 kali sehari untuk membuang lebihan makeup atau kotoran daripada kulit wajah. Ia juga menyediakan kulit anda yang telah dibersihkan untuk terima apa jua rawatan yang anda nak lakukan pada steps yang seterusnya dalam skincare regimen anda.

Post berkaitan : Skincare 101 : Toner

Toner/lotion juga dapat mengecilkan liang pori dan mengembalikan kulit kepada keseimbangan pH semula jadi. Ini amat penting sebab bila tahap pH kulit telah terganggu disebabkan oleh sabun atau kimia dalam cleanser, penghasilan minyak pada kulit akan meningkat dan akan menyebabkan breakout. Jadi penggunaan toner/lotion dapat membantu selamatkan keadaan ni.

Sepertimana cleanser dan penggunaan produk-produk skincare yang lain, pemilihan toner/lotion juga perlu ikut kesesuaian jenis kulit anda. Sebaiknya pilih toner/lotion yang diformulasi dengan lembut, tak mengandungi alkohol, dan mengandungi bahan-bahan yang dapat memperbaiki kulit.


9. Mask Muka (Face Mask)

Face Masks

Ada banyak jenis face masks yang ada di pasaran yang berfungsi untuk penghidratan, pencerahan, anti penuaan, dan pelbagai lagi fungsi lain yang amat baik untuk pelbagai jenis kulit. Penggunaan face mask sekali dalam seminggu akan dapat memberi kesan yang baik pada kulit.

Tak seperti cleanser yang membantu membersihkan kotoran, face mask mengeluarkan kotoran dari bawah lapisan atas epidermis. Face mask juga membantu exfoliating, memberi tona sekata, menghidratkan, melindungi, dan membuatkan kulit rasa licin dan lembut.

Tips sebelum guna mask ialah untuk membersihkan dan exfoliate wajah anda terlebih dahulu supaya essence dari face mask dapat menembusi kulit wajah dengan lebih baik.

10. Krim mata (Eye cream)

Eye creams

Eye cream selalunya diformulasi untuk mengatasi masalah bengkak, kedutan, dan lingkaran hitam di bawah mata. Ada sesetengah krim yang dapat selesaikan pelbagai masalah dalam satu eye cream dan ia mengandungi bahan-bahan seperti kafein, glycerin, chamomile, hyaluronic acid, antioxidants, dan peptides.

Eye cream diformulasi secara khas untuk menembusi kulit yang lebih halus di sekitar mata. Ia boleh digunakan 1-2 kali sehari dan dapat menambahkan kelembapan, mengatasi garis halus dan kedutan, dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Gunakan eye cream dengan formulasi gel yang mengandungi kafein kalau anda mempunyai kulit berminyak dan bengkak di bawah mata. Konsistensi yang lebih ringan tak akan berminyak tetapi tetap akan dapat halang kekeringan pada permukaan kulit. Gunakan eye cream yang mempunyai cream texture untuk kulit kering. Untuk lingkaran gelap cuba eye cream dengan vitamin K.

So lepas dah tahu mengenai jenis-jenis produk skincare di atas, mesti ada yang confuse samada patut ke tak patut pakai semua 10 produk di atas dalam rutin skincare harian kita? Menurut pakar dermatologi, jawapannya ialah tak semestinya kena guna semua.

Pilih dan guna produk yang bersesuaian dengan jenis kulit kita, masalah kulit kita & sesuai dengan budget kewangan kita. Tapi yang mana satu yang patut dijadikan priority?

Nanti sis akan bincang lagi dengan lebih lanjut mengenai perkara ni dalam entry yang lain. Bye! 😉



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *