MOISTURIZER,  SKINCARE 101

MOISTURIZER 101 : Bahan-bahan Moisturizing & Jenis-jenis Moisturizer

Memakai moisturizer adalah satu step di dalam rutin penjagaan kulit yang anda wajib lakukan setiap hari. Kesan hidrasi daripada moisturizer dapat membantu untuk kekalkan keremajaan kulit, kelihatan menarik secara semula jadi dan kurang perlukan makeup di wajah.

Pakar dermatologi Dr.Sandra Johnson menyatakan bahawa moisturizer menambahkan lapisan perlindungan kepada kulit anda. Kalau anda kerap terlepas pakai moisturizer setiap hari, ia akan menyebabkan iritasi kulit, ruam dan jangkitan pada kulit anda.

So macam mana nak tahu moisturizer apa yang terbaik untuk anda? Menurut seorang lagi pakar dermatologi Dr.Anjali Mahto, kunci utama untuk pilih moisturizer yang terbaik ialah anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki. Ini kerana satu moisturizer bukannya sesuai untuk semua jenis kulit!

Kulit kering, kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi semuanya perlukan skincare yang berbeza. Ianya juga perlu diformulasi secara spesifik untuk jenis kulit anda. So anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dulu sebelum pilih moisturizer ya.

.

Post berkaitan : Jenis Kulit (Skin Type) & Bagaimana Nak Tentukan part 1

.

Bahan-bahan Pelempap (Moisturising Ingredients)

Humectant : The Moisture Absorbers

Humectant menarik air ke sel kulit untuk memastikan kulit hydrated. Humectant menarik kelembapan ni dari dua tempat:

1. Dermis – lapisan kulit yang tebal di bawah permukaan kulit.

2. Persekitaran – khususnya dari mana-mana kelembapan yang ada di udara.

Kelembapan ini kemudiannya disimpan di lapisan atas kulit iaitu epidermis, serta lapisan luar epidermis dikenali sebagai stratum corneum. Disebabkan humectants selalu menarik dermal water yang sedia ada pada kulit, ia sering digabungkan dengan occlusives atau emollients untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering.

.

Emollients : The Space Fillers

Emollients

Emollients adalah lipid (lemak) dan minyak yang “meniru” lipid dan minyak yang ada pada kulit anda. Kulit anda mempunyai lapisan semulajadi lipid yang menutupi permukaan kulit.

Lipid ni terdiri daripada unsur-unsur seperti asid lemak, kolesterol, sebum, dan ceramides. Lipid berfungsi untuk mengisi ruang di antara sel-sel kulit anda, hampir sama macam simen di antara batu bata.

Lipid ni juga membantu menguatkan penghalang kulit anda (skin barrier). Fungsi skin barrier ialah untuk mencegah kehilangan air dari kulit dan memelihara kulit anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi.

Tetapi malangnya, lipid dalam kulit anda berkurangan disebabkan faktor usia, sama seperti pengeluaran sebum semula jadi badan anda. Penurunan lipid dan minyak ini boleh menjejaskan fungsi skin barrier anda dan meyebabkan kulit kering yang lebih terdedah kepada iritasi.

Emollients berfungsi untuk menggantikan lipid dan minyak yang hilang, mengisi jurang antara sel kulit anda. Selalunya berasaskan minyak, bila emollients mengisi ruang di antara sel kulit, kulit menjadi lebih halus dan lebih hydrated.

.

Occlusives : The Moisture Sealers

Dicipta untuk mengekalkan kulit dalam kelembapan, occlusive adalah bersifat heavy dan biasanya disyorkan lebih banyak untuk badan dan bukan untuk muka.

Berfungsi dengan membentuk sebuah lapisan nipis di atas kulit melalui satu proses yang dikenali sebagai “occluding.” Lapisan ni secara fizikal memerangkap air di dalam kulit anda dan menghalangnya daripada keluar ke udara dan secara efektifnya mengunci kelembapan di dalam kulit.

Occlusives amat baik untuk mengunci kelembapan, tetapi ianya dikategorikan sebagai pelembap yang heavy. Sebab tu lah pelembap berasaskan occlusives adalah sesuai untuk kulit kering dan kulit amat kering. Ianya juga boleh digunakan sebagai spot treatment untuk kawasan kering pada kulit kombinasi.

Oleh sebab occlusives membentuk penghalang yang tebal pada kulit, ianya tak sesuai untuk kulit berminyak yang acne-prone. Cara yang terbaik ialah dengan menggabungkan occlusive dengan bahan-bahan yang lebih ringan seperti glycerin untuk mengelakkan potensi untuk breakout.

.

Moisturizing Ingredients

.

Jenis-jenis Pelembap (Types of Moisturizer)

Krim

Cream texture

Fungsi : Mengelak kehilangan lembapan

Baik Untuk : Kulit kering, Kulit matang

Tekstur : Semi-solid, berkrim

Kebanyakan pelembap termasuk dalam kategori ini. Krim pelembap mempunyai tekstur yang lebih padat, lebih berat dan lebih pekat daripada yang lain sebab ia diformulasi untuk kulit kering yang perlukan lebih banyak penjagaan.

Anda akan mendapati bahawa pelembap jenis ni akan ambil sikit masa untuk menembusi kulit. Teksturnya agak pejal dengan nisbah minyak dan air yang lebih tinggi daripada losyen.

Kulit kering dan matang selalunya menghasilkan kurang minyak dan mempunyai skin barrier yang lemah, yang menyebabkan kulit jadi kering dan dehydrated. Kandungan minyak yang lebih tinggi dalam moisturizer jenis krim ni meningkatkan tahap minyak di dalam kulit dan meningkatkan keupayaan kulit anda untuk kekalkan kelembapan.

Walaupun cream moisturizer adalah pelembap yang bagus untuk kulit kering dan matang, ia juga boleh berfungsi sebagai krim malam untuk jenis kulit yang berminyak dan normal sebab kulit kita secara umumnya meperlukan sedikit perhatian semasa tidur.

Krim malam selalunya lebih pekat kerana ianya kaya dengan minyak dan ideal untuk hari yang anda tak pakai make up. Krim ni biasanya dijual di dalam bekas kecil seperti pots, tapi juga boleh di pack di dalam tiub.

.

Gel

Gel texture

Fungsi : Menghidratkan kulit berminyak tanpa menyumbat pori

Baik Untuk : Kulit berminyak, Kulit berparut, Kulit normal ketika musim panas

Tekstur : Bebas minyak, tekstur seperti jelly

Gel moisturizer adalah formula berasaskan air dan bebas minyak, ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Formula bebas minyak adalah terbaik untuk jenis kulit yang berminyak atau kulit berjerawat, sebab ia menghidratkan kulit tanpa rasa tebal dan berminyak yang boleh menyumbat liang-liang pori anda.

Kulit berminyak dah mempunyai sebum atau minyak yang cukup yang menghalang kehilangan air dari kulit melalui penyejatan (juga dikenali sebagai Trans Epidermal Water Loss), jadi meningkatkan tahap penghidratan kulit anda sangat penting di sini.

Salah satu salah faham yang selalu berlaku adalah kulit berminyak tak perlukan pelembap, atau pelembab boleh membuatkan keadaan kulit lebih teruk.

Sebenarnya, minyak dan air adalah dua perkara yang berbeza dan dehydration boleh menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak. Kunci utama untuk kulit yang sihat ialah untuk mengekalkan keseimbangan pada kulit.

.

Losyen

Lotion texture

Fungsi : Menyuburkan kulit kombinasi

Baik Untuk : Kulit kombinasi, Kulit normal

Tekstur : Cecair atau tekstur milky yang ringan

Juga dikenali sebagai ‘milky lotions’, lotion moisturizer diformulasi dengan jumlah air yang tinggi dan kandungan minyak yang rendah untuk pastikan kulit kombinasi dan kulit normal seimbang. Kulit normal secara semula jadi mempunyai keseimbangan minyak dan air yang baik jadi apa yang anda perlukan adalah sikit bantuan untuk kekalkannya.

Jenis kulit kombinasi merujuk kepada kulit yang kering di sekitar pipi dan berminyak di kawasan wajah yang lain terutama sekali di bahagian T-zone. Losyen yang ringan boleh melembapkan kedua-dua kawasan kering dan berminyak tanpa terlalu heavy pada kulit anda.

Walaupun anda boleh gunakan losyen di muka anda, ada juga jenis losyen pelembab untuk badan anda. Formula losyen badan lebih pekat berbanding gel tetapi tidak pekat seperti krim. Lotion moisturizer juga adalah bagus seperti mana semua pelembap yang lain.

.

Oil

Oil texture

Fungsi : Memberi kulit kering lebih penjagaan

Baik Untuk : Kulit kering, Kulit matang pada waktu malam atau musim sejuk

Tekstur : Pekat, cecair berminyak

Oil moisturizer adalah yang paling heavy dari tiga moisturizer yang lain yang diperbuat daripada 80% minyak dan 20% air. Keistimewaan minyak bukan sahaja membentuk penghalang yang tak dapat dipecahkan ke atas kulit untuk mengunci kelembapan dengan berkesan, tapi juga memberi pelbagai faedah lain untuk kulit.

Sesetengah minyak penuh dengan antioksidan yang membantu kulit anda melawan kerosakan daripada radikal bebas, sementara yang lain dapat memberikan rasa soothing kepada kulit anda. Apabila oil moisturizer digunakan sebagai lapisan tambahan di atas krim atau digunakan begitu saja, oil moisturizer dapat memberi manfaat yang baik kepada kulit yang kering atau matang.

Mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan kulit normal juga boleh menggunakan minyak sebagai rawatan intensif pada kawasan kulit kering atau pada musim sejuk.

.

Sekarang bila kita dah faham perkara basic mengenai moisturizing ingredients dan jenis moisturizer, mesti ada di antara anda yang tertanya-tanya moisturizers mana yang sesuai untuk jenis kulit anda kan? Teruskan baca link di bawah untuk dapat jawapannya! 🙂

Post berkaitan : Moisturizer Untuk Jenis-jenis Kulit (Skin Type)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *