MOISTURIZER,  SKINCARE 101

MOISTURIZER 101 : Moisturizer Untuk Jenis-jenis Kulit (Skin Type)

Ada banyak lagi yang dapat menghidratkan kulit anda selain menyapu krim selepas cleansing. Untuk manfaatkan sepenuhnya langkah penting dalam rutin anda, anda kena pastikan anda guna produk yang tepat untuk keperluan unik kulit anda.

.

Post berkaitan : Pelembap (Moisturizer) part 1

.

Moisturizer bukan lah sejenis produk yang “free size” atau sesuai untuk semua jenis kulit. Moisturizer harian yang terbaik perlu diformulasi secara khusus untuk kulit berminyak, sensitif, kering, dan lain-lain masalah kulit.

Untuk pilih moisturizer terbaik untuk jenis kulit anda, anda kena tahu dengan jelas jenis kulit yang anda miliki. Tahukah anda kalau anda gunakan moisturizer yang salah untuk kulit anda akan menyebabkan kulit anda jadi lebih teruk?

.

Post berkaitan : Jenis Kulit (Skin Type) part 2

.

Kalau pilih moisturizer yang terlalu berat akan menyebabkan breakout, kalau pilih moisturizer yang terlalu ringan pula kulit anda akan jadi kering dan ada banyak kedutan. So macam mana nak pilih formula moisturizer yang betul untuk kulit anda?

Gunakan panduan di bawah daripada Dr.Papri Sarkar seorang dermatologist dari Massachusetts USA untuk pilih moisturizer yang terbaik yang dapat berikan anda kulit yang sihat dan berseri!

.

Moisturizer untuk setiap jenis kulit

Kulit normal (Normal skin)

Moisturizer for Normal Skin

Jika anda memiliki kulit normal, iaitu kulit yang tidak terlalu kering atau berminyak, anggaplah diri anda bertuah. Hampir mana-mana produk boleh digunakan di muka anda.

Bagi mereka yang bertuah dengan jenis kulit ini, pakar mencadangkan untuk gunakan basic cleanser dan moisturizer yang hydrating untuk pastikan kulit anda kekal utuh dan tidak rosak. Juga dicadangkan untuk guna moisturizer dengan hyaluronic acid yang mampu jadikan kulit anda gebu dan struktur kulit yang baik.

.

Kulit kering (Dry skin)

Moisturizer for Dry Skin

Kulit kering akan rasa tegang sepanjang hari, dan anda mungkin akan alami patch dan flakes pada kulit anda. Walaupun genetik adalah punca utama kulit kering, faktor persekitaran (suhu ekstrem), hormon, dan juga jumlah tidur anda juga adalah punca utamanya.

Penting untuk pastikan bahawa anda tak gunakan sesuatu yang boleh buatkan kulit kering lebih teruk. Sekali terdapat bukaan di kulit akibat salah pilih produk, kulit anda akan lebih mudah ada reaksi kepada sesetengah ingredients dalam produk skincare yang anda tak pernah ada.

Moisturizer yang terbaik untuk kulit kering perlu mengandungi bahan-bahan hydrating seperti hyaluronic acid, glycerin, shea butter, lanolin, dan ceramides yang membantu kulit anda untuk kekalkan kelembapan lebih lama.

Hyaluronic acid dan dimethicone membantu kulit anda untuk sentiasa hydrated. Glycerin, propylene glycol, protein, dan urea menarik air ke kulit anda. Manakala lanolin, mineral oil, dan petrolatum mengunci kelembapan pada kulit anda.

.

Kulit kombinasi (Combination skin)

Moisturizer for Combination Skin

Mereka yang mempunyai kulit kombinasi selalunya akan rasa kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian T-zone. Jadi penting untuk gunakan moisturizer yang tak terlalu berat tapi masih cukup untuk bantu kulit anda kekalkan kelembapan di kawasan yang perlu.

Dermatologist mencadangkan untuk menggunakan oil-free moisturizer yang mempunyai glycerin dan hyaluronic acid tetapi yang ringan seperti gel moisturizer untuk kulit kombinasi. Untuk hasil yang terbaik, gunakan lebih banyak moisturizer di mana anda mempunyai kulit kering dan kurang di kawasan yang berminyak.

.

Kulit berminyak (Oily skin)

Moisturizer for Oily Skin

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, selalunya produk terakhir yang anda fikirkan adalah moisturizer. Tetapi percaya atau tak, memastikan kulit anda hydrated dengan betul dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan.

Apabila kulit dehydrated, ia akan hasilkan lebih banyak minyak. Minyak berlebihan boleh sebabkan liang pori tersumbat, jadi cari pelembap dengan kata kunci seperti water-based, non-comedogenic (tidak akan menyumbat liang-liang pori), non-acnegenic (tidak akan menyebabkan jerawat) dan / atau oil-free.

.

Kulit sensitif (Sensitive skin)

Moisturizer for Sensitive Skin

Kulit sensitif selalunya agak mencabar & ambil masa sikit untuk tahu bahan-bahan yang boleh menyebabkan sensitiviti. Cari label yang menggunakan formula seperti non-irritating dan non-sensitizing yang bebas daripada parabens, wangian sintetik, alkohol, dan minyak mineral sebab bahan-bahan ini boleh menyebabkan kemerahan, benjolan, dan gatal-gatal.

Elakkan juga bahan-bahan yang berpotensi menyebabkan allergic seperti pewarna dan acid yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.

.

Walaupun mengetahui jenis kulit anda adalah penting dalam membantu anda untuk pilih moisturizer wajah dan produk skincare yang betul, keperluan kulit kita dinamik dan sering berubah akibat faktor cuaca dan hormon.

So, penting untuk sentiasa alert dengan masalah kulit yang anda hadapi supaya anda boleh sesuaikan rutin skincare mengikut keperluan kulit anda dan pastikan kulit anda sentiasa kelihatan cantik dan sihat.

.

Post berkaitan : Moisturizer Untuk Masalah-masalah Kulit (Skin Concerns / Skin Conditions)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *