CLEANSER,  SKINCARE 101

CLEANSER 101 : Apakah Pencuci Muka & Jenis-jenisnya

Kenapa perlu guna cleanser?

Membersihkan muka adalah langkah yang paling penting dan wajib menjadi langkah pertama dalam rutin skincare harian kita jika kita nak dapatkan kulit yang sihat. Kulit akan jadi kotor dan berminyak terutama sekali pada waktu siang disebabkan oleh makeup dan persekitaran kita yang selalunya akan menyumbatkan liang pori.

Wajah yang bersih adalah umpama kanvas untuk kita letakkan krim, serum, toner, lotion dan lain-lain skincare. Tak guna kalau kita beli skincare mahal-mahal tapi ia tak mampu berfungsi dan diserap dengan baik sebab wajah kita diliputi minyak dan kotoran yang kita tak bersihkan dengan betul!

Cleanser juga membantu menghilangkan saki baki produk, sel kulit mati, SPF dari sunscreen, bakteria, minyak yang berlebihan dan kotoran yang dah melekat di wajah kita sepanjang hari. Itulah banyaknya benda yang kita tak nak meresap ke liang-liang pori kita dan menyumbatnya.

Pembersihan yang betul juga boleh membantu merawat parut dan liang tersumbat, dan juga memberikan kulit penambahan hydration dan faedah anti-penuaan. 😉

Bagaimana cara nak gunakan cleanser?

Wajah kita perlu dibersihkan setiap hari pada waktu pagi dan malam walaupun kita tak pakai sebarang makeup. Gunakan suhu air yang sederhana, tak terlalu panas sebab ianya akan membesarkan liang-liang pori, dan juga tak terlalu sejuk sebab ia tak akan mengeluarkan produk dengan berkesan.

Teknik double cleansing yang trending sekarang ni adalah teknik yang sangat bermanfaat terutama pada hari yang kita pakai makeup tebal dan sunscreen, dan juga untuk bersihkan muka dari sebarang bahan pencemar di sekeliling kita. Teknik double cleansing ni kita akan bincang dengan lebih lanjut pada entry akan datang.

Memilih cleanser yang betul

Dengan begitu banyak pilihan cleanser yang ada dan masing-masing memberi manfaat yang berbeza, memang mudah untuk kita rasa terlebih excited tapi tak tahu nak pilih yang mana yang sesuai dengan kita dan akhirnya tersalah beli. So, amat penting untuk kita tahu perbezaan antara setiap jenis cleanser untuk kita tapis pilihan kita dan buat pilihan yang tepat sesuai dengan kulit kita dan masalah kulit yang kita hadapi.

1.Gel cleanser

Gel cleanser

Ideal untuk Kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne & Redness Prone)

Cleansing gel adalah jernih dan mempunyai konsistensi seperti gel. Dicipta untuk pembersihan yang mendalam (deep cleansing), ianya berkesan untuk membersihkan liang pori yang tersumbat, mengeluarkan minyak berlebihan dan membunuh bakteria penyebab jerawat.

2.Cream cleanser

Cream cleanser

Ideal untuk Kulit : Normal, Kering & Sensitif

Cream cleanser biasanya pekat, berkrim dan mengandungi bahan pelembap seperti minyak botani. Ianya perlahan-lahan membersihkan kulit tanpa membuang minyak semulajadi pada kulit.

3.Foam Cleanser

Foam Cleanser

Ideal untuk Kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne-Prone)

Foam cleanser adalah pembersih ringan yang bermula sebagai krim atau gel dan berpecah menjadi buih pekat. Pembersih jenis ni menghilangkan minyak berlebihan seperti pembersih gel.

4.Oil cleanser

Oil cleanser

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

Oil cleanser adalah cara yang lembut untuk menghilangkan serpihan kotoran penyumbat liang termasuk makeup tanpa mengeringkan kulit anda. Oil cleanser menjadi trend pada masa kini sebagai sebahagian dari teknik double cleansing.

Post berkaitan : Double Cleansing Mengikut Jenis Kulit

5.Clay cleanser

Clay cleanser

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Kombinasi

Dikenali dengan kuasa menyerap, clay cleanser membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang-liang pori.

6.Micellar cleanser

Micellar cleanser

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

Berasal dari Perancis, micellar water bercirikan “micelles” atau molekul minyak kecil yang tergantung dalam air lembut, yang menarik minyak, kotoran dan makeup. Satu lagi perkara hebat tentang micellar water adalah anda tidak perlu membilasnya dengan air.

7.Powder cleanser

Powder cleanser

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Sensitif

Cleanser ni lembut apabila kering, hancur menjadi ramuan berkrim apabila bersentuhan dengan air, dan dengan sempurna membersihkan kulit anda sambil memberikan pengelupasan lembut. Tak seperti pengelupasan fizikal seperti manik dan scrub, pembersih serbuk membersih dengan lancar pada kulit anda, jadi anda boleh gunakannya setiap hari walaupun pada kulit sensitif.

8.Cleansing milk

Cleansing Milk

Ideal untuk Kulit : Kering & Sensitif

Sejuk dan berkrim, susu di dalam cleanser ini terasa lembut dan segar apabila disentuh di atas kulit. Tekstur berkrim dan lembut menjadikan formula ini sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi ianya sangat membantu kulit kering dan sensitif.

9. Cleansing balm

Cleansing balm

Ideal untuk Kulit : Normal & Kering

Balm cleanser kaya dengan hydrating oils dan amat sesuai untuk kulit yang mengalami masalah dehydrated. Formulasi ini akan membersihkan secara mendalam tanpa membuang minyak semula jadi kulit, dan memastikan kulit dibiarkan bersih dan lembap. Jika anda lebih suka nourishing cleanser yang melembapkan kulit anda, cleansing balm amat sesuai untuk anda.

10. Bar cleanser

Bar cleanser

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Kombinasi

Setelah bertahun-tahun tak muncul dalam skincare, cleanser bar dah semakin mendapat tempat kembali di dalam dunia skincare. Cleanser bar yang baru kini sesetengahnya ada sabun yang sangat sedikit, tapi kebanyakannya sesuai dan mesra dengan kulit.

Kebanyakannya juga menawarkan cleanser bar yang mempunyai tahap pH yang mesra kulit selain kaya dengan bahan nutrien dan bahan pelembap seperti glycerin dan essential oils.

11. Cleansing wipes

Cleansing wipes

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

Cleansing wipes boleh menjadi cleanser yang hebat terutama apabila tisu yang digunakan lembut dan tidak meninggalkan lapisan melekit pada kulit. Berhati-hati untuk tidak menarik kulit anda yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Double cleansing adalah trend di seluruh dunia sekarang tapi masih ramai lagi yang kurang faham mengenai cara double cleansing yang betul. Kebanyakannya memilih untuk double cleansing hanya dengan Cleansing Oil saja sedangkan ada banyak options untuk double cleansing.

Paling penting dalam pemilihan cleanser adalah 4 perkara di bawah :

  1. Tahu jenis kulit yang anda miliki
  2. Pilih cleanser yang sesuai dengan masalah kulit yang anda hadapi
  3. Tak ada sebarang alergi dengan bahan-bahan yang terkandung dalam cleanser anda
  4. Sesuai dengan budget anda

Ok, tu saja untuk entry kalini. Thank you for reading & see you next time! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *