SKINCARE 101,  TONER

TONER 101 : Fungsi Toner & Jenis-jenisnya

.

Katakan anda dah ada rutin skincare setiap hari termasuk cleanser dan moisturizer. Tapi anda mungkin nak tambah produk lain seperti toner dan tertanya-tanya, “Apa fungsi toner pada kulit anda? Adakah anda perlu tambahnya dalam rejimen harian anda, atau adakah ia hanya perlu untuk orang yang mempunyai jenis kulit tertentu?”

Sebenarnya toner bukan tambahan penting untuk skincare semua orang, tapi ia boleh beri manfaat kepada mereka yang nak ketatkan pori-pori, tambah tahap kebersihan pada kulit, atau tambah elemen yang boleh memperbaiki tekstur pada kulit .

Apa yang dilakukan toner untuk kulit anda yang tak boleh dilakukan oleh skincare lain? Ia bergantung kepada apa jenis toner yang anda beli, dan sebelum anda buat pembelian, anda kena tahu jenis penjagaan tambahan yang diperlukan oleh kulit untukt bantu anda buat keputusan yang lebih tepat tentang jenis toner yang baik untuk ditambah dalam rutin skincare harian anda.

.

Apakah fungsi Toner?

Toner digunakan untuk sempurnakan cleansing process dengan membantu membuang lebihan yang tertinggal pada kulit wajah seperti makeup, lebihan minyak, sel kulit mati, atau lebihan cleanser yang tertinggal pada kulit wajah.

Bagi Dr. Hadley King, seorang dermatologist yang berpangkalan di New York City, senjata rahsia untuk kulit yang sihat adalah toner muka yang baik. Dr.Hadley menasihatkan mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat untuk tak pakai makeup yang tebal untuk tutup jerawat dan masalah kulit berminyak.

Sebaliknya, gunakan toner yang lembut dan soothing untuk bersihkan pori yang tersumbat dengan membuang minyak dan lebihan kotoran. Menurut Dr.Hadley lagi, toner amat membantu dan adalah satu keperluan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau mudah berjerawat, atau untuk mereka yang perlukan extra pembersihan selepas pakai makeup dan sunscreen.

.

Manfaat toner menurut Dr.Hadley termasuk :

1.Kecilkan liang pori – Toner membantu untuk kecilkan dan bersihkan liang-liang pori anda, jadi kurang ruang untuk kotoran dan minyak masuk ke dalam liang dan menyebabkan jangkitan, jerawat, atau iritasi kulit yang lain.

2. Pulihkan keseimbangan pH semula jadi kulit – Kulit secara semula jadi berasid dengan tahap pH kira-kira 4.5 – 5.5. Bila tahap pH kulit anda lebih daripada 6.5, acid mantle (garis pertahanan pertama kulit anda) akan terganggu dan kulit anda terdedah kepada bakteria dan jangkitan. Toner memulihkan keseimbangan pH kulit anda lepas dibersihkan supaya ia dilindungi dengan lebih baik.

3. Moisturizer / Pelembap yang baik – Toner hari ini mempunyai sifat humectant, yang bermaksud ia membantu mengikat kelembapan pada kulit.

4. Tambahkan lapisan perlindungan – Toner boleh membantu menutup pori dan mengetatkan jurang antara sel selepas kulit dibersihkan. Ini menyebabkan kotoran dan bahan pencemar kurang dapat menembusi kulit. Ia juga boleh melindungi dan menghilangkan klorin dan mineral yang terdapat dalam air paip.

5. Segarkan kulit – Toner juga boleh digunakan sebagai pengganti cleanser anda apabila ia berminyak atau kotor. Ia akan menyegarkan kulit anda semula walaupun anda sedang dalam perjalanan.

6. Penyediaan kulit – Fikirkan kulit anda seperti span kering. Jika anda letakkan krim tebal pada span kering, tak mudah untuk ia meresap kerana ia tak bersedia untuk kelembapan. Tetapi jika anda basahkan span, krim akan meresap lebih mudah. Jadi toner membantu kulit anda mudah menyerap essence, moisturizers, produk skincare lain ke dalam kulit anda.

.

Asas-asas Toner

Ada tiga asas toner yang anda boleh pilih iaitu :

Toner berasaskan alkohol (Alcohol-based)

Toner muka yang mengandungi alkohol yang secara umumnya bukan pilihan yang baik melainkan anda mempunyai kulit muka yang berminyak teruk.

Toner berasaskan air dan Glycerin (Water and glycerin-based)

Toner ni kurang bahaya berbanding toner berasaskan alkohol, namun scent extract yang ada di dalamnya masih mampu memberi kesan kepada kulit terutamanya jika anda ada alergi.

Toner berasaskan air (Water based)

Jenis toner ni yang patut digunakan di dalam rutin harian skincare anda sebab ia selalunya tak mempunyai bahan-bahan berbahaya sebaliknya mengandungi bahan yang bermanfaat untuk kulit.

.

Jenis-jenis Toner

Toner 

Example of Toner

Cecair yang memberikan penghidratan, memulihkan keseimbangan kulit, menyediakan kulit untuk produk skincare mudah metembusi, menegang, dan memberikan tona kulit yang sekata. Toner pada masa dulu hampir kesemuanya ada alkohol tapi kebanyakan toner sekarang selalunya bebas dari alkohol.

Memandangkan ada banyak pilihan toner yang ada banyak manfaat, pilih toner dengan bahan yang spesifik untuk masalah kulit anda. Contohnya jika anda mempunyai kulit normal tapi mudah dehydrated, jadi pilih toner yang menyediakan hydration pada waktu siang dan malam.

.

Astringent Toner

Example of Astringent Toner

Astringent adalah sejenis bahan kimia yang mengecilkan atau menjerut tisu-tisu badan. Astringent toner berasaskan air tapi mengandungi alkohol dan digunakan untuk mengawal minyak dan mengecilkan liang pori. Toner jenis ni mengandungi jumlah alkohol yang tertinggi jadi ianya bermanfaat untuk kulit berminyak dan berjerawat sebab ia boleh membantu membuang minyak berlebihan.

Namun begitu, disebabkan oleh jumlah alkoholnya yang tinggi ia patut digunakan dengan hati-hati. Sentiasa pakai moisturizer lepas gunakan toner jenis ini atau gunakan hanya sekali saja dalam sehari untuk kurangkan kesan astringent yang selalu ada pada kulit.

.

Lotion

Example of Lotion

Cecair seperti toner tetapi tak mengandungi alkohol dan akan menghidratkan kulit dengan lebih baik. Lotion selalunya mengandungi air dan humectant seperti glycerin. Humectant membantu mengekalkan kelembapan pada lapisan atas epidermis dengan menghalangnya daripada tersejat. Contoh popular ini adalah rosewater.

Lotion adalah sejenis toner yang lebih lembut dan amat baik untuk kulit kering, kulit matang, dan kulit sensitif. Tapi perlu berhati-hati ketika memilih lotion sebab sesetengahnya mempunyai ekstrak dan wangian yang mungkin memberi iritasi pada kulit sensitif. Cara gunakan lotion juga mudah kerana hanya perlu letak di atas tapak tangan dan disapu terus ke wajah.

.

Tak seperti toner dulu yang kebanyakannya berasaskan alkohol, toner hari ini lebih lembut dan dicipta untuk menangani pelbagai masalah kulit, menyokong dan menyuburkan jenis kulit yang berbeza. Dengan begitu banyak pilihan, anda pasti dapat cari toner yang sesuai untuk anda.

Nak tahu toner apa yang sesuai untuk jenis kulit dan masalah kulit anda? Tekan link di bawah untuk baca! 🙂

Post berkaitan : TONER 101 : Toner Mengikut Jenis Kulit & Masalah Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *