• MOISTURIZER,  SKINCARE 101

    MOISTURIZER 101 : Bahan-bahan Moisturizing & Jenis-jenis Moisturizer

    Memakai moisturizer adalah satu step di dalam rutin penjagaan kulit yang anda wajib lakukan setiap hari. Kesan hidrasi daripada moisturizer dapat membantu untuk kekalkan keremajaan kulit, kelihatan menarik secara semula jadi dan kurang perlukan makeup di wajah. Pakar dermatologi Dr.Sandra Johnson menyatakan bahawa moisturizer menambahkan lapisan perlindungan kepada kulit anda. Kalau anda kerap terlepas pakai moisturizer setiap hari, ia akan menyebabkan iritasi kulit, ruam dan jangkitan pada kulit anda. So macam mana nak tahu moisturizer apa yang terbaik untuk anda? Menurut seorang lagi pakar dermatologi Dr.Anjali Mahto, kunci utama untuk pilih moisturizer yang terbaik ialah anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki. Ini kerana satu moisturizer bukannya sesuai untuk…