SKINCARE 101,  TONER

TONER 101 : Toner Mengikut Jenis Kulit & Masalah Kulit

.

Bergantung pada keperluan kulit anda, toner boleh mencerahkan, memperjelas, mengimbangi, atau membantu menenangkan kulit yang sensitif. Terdapat banyak jenis toner muka di pasaran, jadi sukar untuk pilih mana yang tepat untuk jenis kulit anda atau cara yang tepat untuk anda gunakan sebaik saja anda dah buat pilihan anda.

.

Post berkaitan : TONER 101 : Fungsi Toner & Jenis-jenisnya

.

Tapi adakah anda tahu bahan apa dalam toner yang sesuai untuk jenis kulit anda dan bahan apa yang harus dielakkan? Toner boleh jadi bahagian yang penting dalam rutin skincare, tapi penting untuk anda cari satu yang sesuai dengan jenis kulit anda dan masalah kulit yang anda alami.

.

Toner dan jenis kulit

Kebanyakan toner mempunyai manfaat yang berbeza bergantung pada jenis kulit dan bahan-bahan yang ada dalam formula setiap toner. Ada toner yang boleh sejukkan kulit, tegangkan wajah, dan seimbangkan pengeluaran minyak pada wajah.

Keberkesanan toner bergantung pada active ingredients di dalamnya dan anda harus tahu toner yang sesuai dengan jenis kulit anda bila anda memilih toner. Berikut adalah bahan-bahan yang dicadangkan oleh dermatologist Dr. Erin Gilbert yang anda patut cari bila anda memilih toner untuk jenis kulit anda.

.

Kulit kering : Glycerin, Hyaluronic Acid, Essential Oils

Toners for Dry skin

Jika anda mempunyai kulit kering, jauhkan toner yang ada bahan alkohol di dalamnya sebab ia akan lebih mengeringkan kulit anda. Dermatologist mencadangkan untuk mencari produk yang mengandungi glycerin iaitu sejenis pelembap bersifat emollient yang akan melembutkan kulit.

Hyaluronic acid juga adalah pilihan yang amat baik untuk kulit kering sebab ia dapat menyokong hidration untuk kulit. Essential oils juga amat baik untuk kulit kering sebab ia boleh melicinkan kulit tetapi sesetengah orang yang hypersensitif kepada essential oils kena berhati-hati sebab ia boleh menyebabkan contact dermatitis iaitu ruam merah dan gatal.

.

Kulit berminyak : Bentonite Clay, Witch Hazel, Salicylic Acid, Glycolic Acid

Toners for Oily skin

Untuk kulit berminyak, cari produk yang mengandungi bentonite clay sebab ia boleh membantu untuk kawal minyak dan bersihkan kulit dan ini amat penting untuk liang pori yang tersumbat. Bentonite clay berfungsi seperti vakum untuk menyedut kotoran keluar dari liang pori tanpa meninggalkan kulit kering.

Witch hazel juga adalah active ingredient yang baik untuk kulit berminyak sebab ia adalah astringent semulajadi dan boleh tegangkan kulit. Anda juga boleh cari toner yang mengandungi bahan exfoliating seperti Salicylic atau Glycolic acid, atau Amino fruit acid. Ini untuk pastikan kulit mati dan bahan penyumbat liang pori yang lain dapat dibersihkan dan menjadikan kulit lebih licin dan sihat.

.

Kulit Kombinasi : Lactic Acid

Toners for Combination skin

Untuk kulit kombinasi, toner yang agak keras boleh menyebabkan bahagian kulit yang kering menjadi lebih kering dan bahagian kulit yang berminyak menjadi lebih berminyak. Anda mahu toner yang dapat kekalkan keseimbangan kulit, minimumkan liang pori dan bersihkan wajah anda tanpa menjejaskan kawasan kulit kombinasi anda.

Untuk kulit kombinasi, lactic acid adalah penyelamat untuk anda. Lactic acid menghidratkan kulit kering dengan lembut dan juga berkesan untuk kulit sensitif. Berita baiknya ialah ia tak menipiskan kulit anda!

.

Kulit Normal : CoEnzyme Q10, Hyaluronic Acid

Toners for Normal skin

Jika anda mempunyai kulit normal, anda boleh cuba apa saja formulasi toner yang ada di pasaran selagi anda tak allergic dengan apa-apa bahan di dalam toner tu. Toner yang mempunyai minyak botani, vitamin, nourishing oils, antioksidan yang melindungi daripada kerosakan alam sekitar, anda boleh cuba semuanya.

Dr.Gilbert mencadangkan untuk kulit normal menggunakan toner yang mengandungi bahan-bahan seperti Coenzyme Q10 dan Hyaluronic Acid. Coenzyme Q10 ialah antioksidan yang bagus manakala Hyaluronic Acid akan menambahkan kelembapan, manjadikan kulit hydrated dan lebih lembut.

.

Kulit Sensitif : Aloe Vera, Algae

Toners for Sensitive skin

Dengan syarat anda elakkan alkohol, wangian dan bahan pengelupasan yang keras, toning adalah amat baik untuk kulit sensitif. Kulit wajah akan rasa bersih dan segar tanpa penggunaan cleanser yang agresif dan akan membantu mengatasi iritasi yang boleh berlaku selepas anda mencuci muka dengan air.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda juga perlu cari bahan Aloe Vera di dalam toner anda kerana elemen soothe pada nya. Bahan seperti Algae juga akan beri manfaat kepada kulit anda sebab ia mengandungi amino acid yang akan berfungsi untuk membuang toksik dan kotoran yang boleh memberi iritasi pada kulit.

.

Toner untuk masalah kulit

Jerawat (Acne-prone) : Salicylic Acid

Toners for Acne-prone skin concern

Toner boleh membantu mereka yang ada masalah mudah berjerawat dan perlu bersihkan lebihan minyak di muka yang menjadi punca jerawat. Gunakan produk yang mengandungi salicylic acid sebagai active ingredient sebab ia membantu mengelupaskan kulit secara lembut dan membuang kulit mati, serta meningkatkan penghasilan sel-sel kulit dan kolagen.

.

Anti penuaan (Aging) : Aloe Vera, Vitamin C

Toners for Aging skin concern

Toner yang mempunyai bahan-bahan yang baik untuk kulit wajah seperti vitamin, antioksidan, peptides dan pengelupas lembut, adalah amat baik untuk digunakan di dalam rutin penjagaan kulit anti penuaan. Bahan-bahan ni menyediakan lapisan pertahanan tambahan kepada kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit yang matang, Dr. Gilbert mencadangkan untuk menggunakan Aloe Vera sebab ia soothing dan melembapkan tanpa menyebabkan breakout. Juga disarankan untuk cari toner yang mengandungi Vitamin C kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan melindungi kulit dari penuaan.

.

Kulit Dehydrated : Hyaluronic Acid

Toners for Dehydrated skin concern

Untuk merawat masalah kulit dehydrated, target utama ialah untuk mengekalkan kelembapan dan mengunci kelembapan tu pada kulit. Cari dan gunakan toner yang mempnyai bahan-bahan hydrating seperti rose petals dan hyaluronic acid.

.

Hyperpigmentasi : Vitamin C, Licorice, Kojic Acid

Toners for Hyperpigmentation skin concern

Semakin cepat anda rawat hyperpigmentasi, semakin cepat ia akan pudar, jadi mula gunakan produk mencerahkan kulit untuk merawat hyperpigmentasi. Bahan-bahan seperti vitamin C, akar licorice, dan asid kojik membantu kurangkan hyperpigmentasi dengan menghalang tyrosinase, enzim yang bertanggungjawab untuk pembentukan kulit melanin yang gelap.

.

Toner adalah salah satu produk utama dalam rutin skincare hampir setiap orang. Tapi, buat pilihan yang tepat untuk jenis dan masalah kulit anda adalah kunci untuk anda dapatkan manfaat daripada rutin skincare anda untuk capai target kulit yang sihat dan cantik.

Thanks for reading. See ya! 🙂

P.s : Adakah anda gunakan sebarang toner? Apakah toner favourite anda? Kongsi apakah toner yang anda gunakan di bahagian komen! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *